Taraaa.. cepat kan akak update blog. Huhu.
Untuk hari yang kedua ni bangun pagi je tak ingat breakfast dah sebab dah lambat. Pukul 9.00 pagi kami baru keluar dari hotel untuk bergerak ke Nami Island. Sebelum akak mulakan post hari kedua ni, akak nak recommend satu apps yang akak guna sepanjang akak ada di Korea. Apps ni membantu yang teramat sangat & kalau korang tau destinasi korang memang apps ni akan bawa korang ke sana tanpa sesat!
Untuk android tau. Yang pakai buah epal sila search nama di atas kot la ada. Wiwiwiw. Kalau ikut pembacaan akak, nak ke Nami Island ni ada dua cara. Satu kau naik train, yang kedua naik bas yang memang ada setiap hari jam 9 pagi berdekatan Nandaemun.
Orang berpusu-pusu nak pergi keje, akak sibuk nak berjalan. Dari pemerhatian akak, kalau kau kerja kau kena pakai winter jacket warna gelap. Sebab serious semua gelaaappp je yang belah sana kan? Hmmm logik logik, akak memang bijak. Kikiki. So kalau ikut itinerary yang akak buat, untuk pergi ke Nami Island akak kena turun di stesen Gapyeong. Dari area Nandaemun nak ke Gapyeong ni kena tukar tiga empat train jugak sebab line dia berbeza-beza. Tapi again, trust the apps dan kau akan sampai ke Gapyeong tanpa sesat, macam hakak. Wiwiwiwi.
1. Gapyeong
So yang ni merupakan route nak sampai ke Gapyeong dari station paling dekat dengan akak : Hoeyeon - Seoul - Hoegi - Sangbong - Gapyeong. Tak mahal pun akak rasa tak sampai KRW3000 (lupa sebab pakai tap je tak tengok) kikiki.
Cak! Luar station Gapyeong.
Ok untuk pengetahuan korang, Gapyeong ni dah jauh dari Seoul ye. Kiranya luar kawasan Seoul la jugak nak sampai sini. Memang sejam lebih la jugak. Akak dengan En Fadil minum banana uyu je pagi tadi untuk alas perut sebab dah baca ada jugak choice makanan halal kat Nami Island. Ops ye, disebabkan ini trip backpacking jadi akak memang ada budget yang amat limited. Wawawa.. dan paling penting akak akan pastikan meal halal yang akak makan tu adalah local cuisine.
Di area Gapyeong ni masa akak sampai malam tadi dah turun salji dah. Uhuk uhuk. Jadi dapatlah tengok pemandangan putih. Akak baru nak main salji depan station tu tetiba bas nak pergi Nami Island dah sampai. Cit. Disebabkan akak rushing (kan dah lambat keluar hotel tadi) maka akak pun terus naik bas tu. Oh dan akak sampai tu dah pukul 10.30am ye.
Harga tiket bas tu adalah KRW6 000 yang mana korang boleh guna seharian. Maksudnya apa? Maksudnya korang kena simpan tiket dan tiap kali nak naik bas sila tunjuk tiket ni.
Area Gapyeong ni ada 3 tempat yang menarik untuk korang g. Tapi sebab akak dah lambat T___T (seribu kali dah ulang) maka akak sempat pergi dua tempat je. Sebelum akak pergi tu memang akak dah survey habis-habis dah alhamdulillah memang smooth je perjalanan kami. Bawah ni akak tepek sekali route bas ni dan masa-masa dia.
Walaubagaimanapun, masa ni tak la punctual sangat. Wawawa. Sebab tulah akak cakap masa bas sampai tu (akak sampai 10.30am) kira nasib akak baik la. Kalau tak kena tunggu. Kalau terlepas lagilah haru. So amat penting untuk korang rancang perjalanan korang kalau tak nak kena melanguk tunggu lama.
2. Nami Island
Sampai je kat bus stop Nami Island dia akan turunkan kita kat belah kanan. So kena melintaslah ke terminal ferry pulak nak masuk ke Nami Island. Ok ni lagi satu. Nak masuk Nami Island sebenarnya ada dua option. Satu naik ferry, satu lagi naik zip line. Zip line ni flying fox. Tapi dia ikut keadaan cuaca jugak.
Akak baca-baca yang kalau nak dapat harga KRW8 000 tu kena bawak passport. Jadi akak pun gigih tau bawak passport. Memang kat board tu dia display harga KRW10 000, kalau discount baru KRW8 000. Tapi disebabkan ramai orang kan jadi dia terus bagi harga discount tanpa tunjuk passport pun. Wiwiwi.
Yang zipline tu tak silap akak dalam KRW38 000 jadi kalau korang ada budget lebih memang boleh la nak try. Lagi-lagi kalau korang naik masa winter, sampai je dah beku. Haha. Ok lupa pulak nak cakap pasal cuaca. Masa akak sampai tu area Gapyeong temperature 2 darjah celcius. Sejuk noks! Ok berbalik balik pada kat tempat nak naik ferry. Ferry dia ni tak silap akak setiap 10 minit. Kenapa akak asyik cakap akak dah lambat? Sebabnya kalau kau lambat orang akan makin ramai. Masa akak sampai tu dah ramai tapi OK lagi la.
Kata orang yang datang masa peak winter, tasik yang kita harungi nak ke Nami Island ni beku. Wowiee mesti menarik kan kalau melalui tasik beku. Perjalanan dalam ferry tu tak la lama sangat pun dalam 10 minit ada la. Tak jauh sangat pun. Dan Nami Island ni pulau yang kecik je. Tak macam Jeju Island. Orang kata kalau datang Jeju kena tidur sana at least dua malam.
Korang layan la gambar sekitar Nami Island ni. Kat sini sebenarnya tak ada pun tapi view dia Subhanallah amat cantik hokey. Akak tak taulah kalau musim bunga mesti lagi cantik.
Sebelum sampai akak baca yang ada nasi kocak halal kat sini. Tapi masa duduk-duduk panaskan badan tu ada kedai kecil jual pancakes kacang grilled (ada jugak goreng tapi akak was-was sebab tak pasti minyak apa dia guna) Pancakes dia sedap gila okay memandangkan kami dua tak makan langsung lagi aritu. Sob sob sob.
En Fadil & pancakenya. Ototototo...
Banyak sangat gambar akak kat sini maleh nak upload lagi kang muak korang tengok muka akak je banyak. Tapi akak ada tips untuk mereka yang nak datang waktu musim sejuk ni. Untuk handphone silalah bawak power bank yang full ye. Sebab dalam keadaan yang sejuk, battery memang cepat sangat-sangat weak. Sebab tu gambar kebanyakan muka akak je, yang view pemandangan semua guna gopro. Pandai akak save battery kan?
Kat sini akak stay sampai pukul 2 camtu. Lepas tu kami naik ferry semula balik ke pangkal jalan. Eh, balik ke jetty semula. Tiket bas tadi akak guna balik & naik bas ke Petite France pulop.
3. Petite France
Ok untuk Petite France ni akak tak pasti awal kewujudan dia dari mana. Tapi yang pasti orang kata macam mana keadaan France, macam nilah dia. Wuwuwu tak pernah sampai France dik non. Cuma ni skala kecil bandar France. Masa akak sampai tu mendung berarak dan pukul 3 lebih. Means akak ada dalam 2 jam sebelum gelap. Bas ada sampai malam akak tak risau pun cuma kang makin malam makin sejuk beku pulak.
Tiket masuk ke Petite France ni KRW8 000 jugak.
Maafkan gambar senget benget akak sebab otak pun senget. Wawawa.. Kat sini kawasan dia agak berbukit tau. Tempat ni pun atas bukit. Jadi kalau korang nak bawa orang tua sila bimbing tangan diorang sebab akan letih. Kawasan dia sederhana besar, kiranya dalam 2 jam tu boleh la akak cover hampir semua.
Korang ingat tak yang akak & En Fadil belum makan lagi. Sadis gila hidup kitorang sanggup berjalan lagi dari makan. Eh tapi serious tau, selalunya kalau lewat makan akak akan muntah sebab masuk angin dah tapi disebabkan kami minum Banana Uyu, memang tahan perut ni. Weee.... tapi keluar je dari Petite France ni sementara tunggu bas kami pergi CU Mart seberang jalan. Oh btw, depan Petite France ni ada ahjussi jual buah boleh cakap melayu sikit-sikit. Masa akak keluar tu dah pukul 5 lebih pun jadi memang dah gelap. Akak naik last bas balik.
Kalau sampai tadi kami turun kat Gapyeong kan, tapi Petite France ni dah kedepan sikit. Lagi dekat dengan station Cheongpyeong (refer bas schedule yang akak bagi kat atas) So kiranya cara balik sama je cuma disebabkan kami nak makan ikan bakar kat Dongdaemun maka balik tu kami singgah Dongdaemun.
Tapiiiii......
Again, kami melebihkan jalan-jalan dan shopping & tak jumpa pun kedai ikan bakar tu. Wakakakaka.
Pukul 9 kami sampai station Hoehyeon & muka dah selebet gila tak makan. Akak pun ting! datang idea. Tak apalah kita makan kimbap tuna mayo la beli kat CU Mart tepi hotel tapi bila masuk je dah habis. Hahahahahaha T___T Menangis dalam ketawa.
Nasib baik ada jual nasi putih noks.
Kau rasa...?? Banyak jugak nasi dia (panaskan guna microwave kat CU Mart tu)
Pengakhiran babak sedih ni kami teruskan dengan makan maggi cup lagi. Wakakaka. Maka berakhirlah hari kedua. Post seterusnya hari ketiga ye.
Wassalam.






























































