Sunday, 19 June 2016

Padang Day 1

Assalamualaikum..

Kalau korang dah baca trip backpacking akak dengan kawan-kawan ke Bangkok, this time around akak semi backpacking pulak dengan suami dan keluarga. Haha, kenapa akak cakap semi backpacking? Sebab the whole tour akak guna perkhidmatan supir. Actually akak kenal supir lain sebab sama-sama dalam group  Backpackers Buddies Malaysia (BBM) but unfortunately masa akak datang tu dia ada trip lain jadi dia minta biras dia gantikan. Boleh gitu?

Sebelum korang baca dengan lebih panjang, akak nak inform yang sesiapa yang berminat nak pergi trip Padang ni boleh inform akak. WhatsApp je 0192088230. Satu kepala akak charge RM800 all in ye. Datang lenggang kangkung bawak duit shopping sahajo!  

Alkisahnya trip Padang ni akak plan sebab mak akak asyik sebut-sebut nak tengok Minangkabau. Ditambah pulak Mak Ngah akak nak berjalan dengan anak daranya yang dapat result PMR agak cemerlang tahun lepas. Maka bermulalah segala mak nenek planning akak.

Tiket flight akak dah booking dua bulan sebelum dalam RM250 satu kepala termasuk luggage untuk dua orang naik Air Asia. Trip akak pada Mac lepas, kami pergi berlima.

Encik Fadil dia kalau time mood nak bercakap tu tak renti-renti. Kekeke.

Flight kami tengahari. Akak allergic sikit flight pagi sebab akak tak suka kelam kabut. Maka any short trips memang akak prefer flight pukul 11 dan ke atas. Lagipun kalau short trips ni sampai je boleh terus check in hotel ye dok? Tak sanggup mak nak bawak backpack ke hulu ke hilir kalau sampai awal.

Gambar cliche sayap kuikuikui

Sebelum touchdown korang akan nampak bumi Padang yang masih lagi hijau. Mereka adalah negeri yang masih mengekalkan budaya Minangkabau tu dan industri utama di sana adalah pertanian dan pelancongan. Kami touchdown saja di Minangkabau Airport, Pak Borhan dan siap-siap tunggu dengan signage nama akak. Maka tak la susah nak carik.

Kami dibawa naik Avanza. Kalau ngkorang nak tahu, di Padang Bukittinggi ni hampir 95% masyarakatnya adalah beragama Islam. Madrasah/musolla memang banyak ye. Jadi tak menjadi alasan untuk kau orang kata tak jumpa tempat solat sebab memang sangat banyak.

  
1. Rumah Makan Lamun Ombak

So sesampai ke Padang memang lapar lapar lapaaarrrr. Akak sesejak isu Nasi Lemak cicak tu akak punya geli geleman tak boleh nak cakap la. Eiiii yuckek yuckek. Maka atas flight akak makan sandwich je. Acah-acah diet bahaha.

Maka agenda pertama haruslah pergi makan dulu. Akak ada terbaca yang tempat makan ni agak famous, sedap dan berpatutan.


Bila sampai bumi Padang, mestilah nak makan nasi Padang kan? Jangan risau, memang kebanyakan kedai makan or kat sini kita panggil rumah makan memang ada nasi Padang ni.

Taraaaa...!! (gulai kepala ikan tu sedaaaaappppp)

Banyak kan kan kan? Rumah Makan Lamun Ombak ni kita tak payah order tau. Kita duduk je memang dia akan bagi setiap seorang air suam, air basuh tangan dan pinggan makan. Lebih kurang 20 lauk dihidangkan. Haa, hambek nak bayar macam mana kan? Gigigigi.

Kaedah pembayaran dia, mana yang kau makan yang tulah sahaja yang akan dikira. Contoh dalam satu pinggan tu ada dua ayam, ko ambik satu. Maka dia kira satu jela. Tapi macam yang berkuah tu kalau ko cuit sikit dia akan kira satu mangkuk. Kau kena jujur la ye. Konsep Rumah Makan Lamun Ombak ni open air giteww. 

Total kami makan berlima dengan lauk pelbagai ni dalam RM50 je. Kat sini kebanyakan lauk kami makan sebab first time nak rasa kan? Gulai memang macam wajib untuk Nasi Padang tau. Gulai dia pun marvelous nok!

Dalam perjalanan nak ke Bukittinggi, kami ada melalui Lembah Anai iaitu kawasan air terjun yang magical katanya. Bahaha. Tapi kami decided untuk tak stop walaupun dalam iti akak memang kena stop. Tempat dia tepi jalan je macam kalau kau lalu katt Bharat Tea Valley tu. Tapi masa akak sampai tu kan hari Sabtu so memang sangat ramai orang ye. Jadi akak postpone Lembah Anai ke hari terakhir sebab nanti balik kami lalu sini jugak.

2. Sulaman Putri Minang

Jadi destinasi kedua kami adalah Sulaman Putri Minang. Masa kami sampai ada jugak 2 3 rombongan dari Jakarta. Kat sini dikatakan murah dan berkualiti tapi bagi akak biasa-biasa je. Nanti akak bgtau kat mana tempat yang betul-betul murah. Tapi yang bestnya tempat ni macam atas bukit dah dan dia punya sejuk, fuhhh. Masani akak tak la cek temperature tapi agak-agak dalam 22-21 darjah celcius la.



Nampak macam mendung kan? Takkk memang berkabus macam ni. Sejukkk...

3. Hotel Batusangkar 2
Hotel untuk malam pertama ni akak dapat last minit sebab tarikh akak pergi tu sebenarnya Hari Libur (haa.. apetewww). Hari Libur ni ala-ala public holiday dekat Malaysia la. So hotel sebenarnya semua dah penuh. Maka akak dapat jugak hotel ni dan harga dia pun boleh tahan la dia tekan kekekeke.

Kami sampai malam tu dia punya entrance dari pintu pagar masuk ke lobby memang seram beb. Creepy habis! Nasib naik kereta, kalau jalan kaki dan terkencing akak! Kahkahakah.

Sumber : Bookings.com
Hotel ni bukanlah hotel yang mewah pun. Tapi dah ini je yang akak dapat, akak belajar perkataan REDHA. Kuikui. Kami sampai tu dalam pukul 8pm. Perut pun dah lapar. Mak akak dah tak larat jalan dah lepas dapat katil. Jadi kami berempat saja yang keluar dengan Pak Borhan pergi dinner.

Kami singgah makan di satu kedai hipster (baru akak tau Indo pun ada hipster ni). Menu goreng-goreng ada jugak tapi akak berminat dengan pancake ni.
 
 
Ni la mendenya tadi. Hmm boleh la.. Kikiki


Selain dari makanan 'hipster' ni kami order juga mee goreng Indonesia (rasa macam Mi Sedap), Bakso dan Lempeng (ni Borhan yang bawak). Akak bawak balik Milo Ais dengan nasi goreng je untuk mak. Lepas makan tu kami terus balik ke hotel. Sampai je hotel, baring kejap sementara sebelum mandi terus PAPP! Blackout! Huuuu tak ni bukan main-main, ni benar belaka. Black out kejap-kejap la. Dua tiga kali jugak blackout akak pun dah tak sedar akak dah di awangan.

Nanti sambung lagi, wassalam.

Monday, 13 June 2016

Bangkok - Day 3

Assalamualaikum,

Eh, dah last day kat Bangkok T___T
Macam biasa, kami semua berkumpul di bilik kami untuk breakfast. Breakfast second day makan megi Korea! Hehe.


Bezanya harini dah lepas breakfast semua pakat-pakat naik swimming pool. Bilik kami one level below swimming pool je RUPANYA! (Haa.. nampak tak last day baru tahu)

Akak dan gerakan yoga baru huehuehue



Untuk hari terakhir ni, kami sekali lagi kami chartered satu van untuk bawa kami semua pusing-pusing dalam Bangkok sebab memang dah tak nak naik BTS. Bahaha. Kami check out keluar jam 9 pagi macam tu sebab nak berkejar pergi segala mak nenek Wat dan shopping malls.

1. Platinum Mall

Sumber : Bangkok.com

Dekat Platinum ni sebenarnya ada banyak benda yang murah boleh dapat tapi memandangkan kami berlari berkejaran maka tak sempat nak survey satu-satu. Dia ada few sections dalam tu ikut barang. Fuhh sepenuh-penuhnya barang dalam tu ye. Macam Pekan Rabu yang bahagian atas tu.



Disebabkan kami pagi-pagi lagi dah terpacak depan Platinum ni maka banyak jugaklah first customer discount yang kami dapat. Ada orang kirim kain sutera Thai, harga asal THB900 tapi disebabkan akak first customer dapatlah akak harga THB500 sahaja. Mula-mula dia suruh beli 3 dulu baru dapat harga tu tapi akak keluarkan aura comel akak dapat jugak walaupun sehelai. Bahaha. Itu kalau akak tawar lagi mau boleh dapat RM30-40 je.


Dah penat shopping. Sementara tunggu Kak Shida dan Abang Nain memborong, sempat la jugak kami melepak kat food court. Rasanya ada satu stall halal kat sini. Rasanyalah. Sebab kami tak makan kat situ.

2. MBK Mall

Destinasi kedua adalah MBK Mall. Motif utama nak pergi MBK ni sebab perut lapar sangat dah walaupun baru berjalan sekejap. Di MBK ni ada restoren Halal yang highly recommended by BBMers.

 
Sumber : Bangkok.com

Untuk yang sampai disini, boleh naik ke Tingkat 5 berdekatan dengan kedai Canon jual mak nenek kamera. Alah kalau sesat pun sesat dalam tu je. Yana Restaurant ni kalau masuk memang majoriti orang Malaysia je.



Dalam Yana Restaurant ni ada jugak dijual the famous Durian Chips yang confirm Halal ye. Akak beli satu packs 70 THB. But dalam MBK ni pun ada banyak kedai yang jual. Yakin dan tilik bebaik ye adik-adik.




Akak tak ingat berapa total kami makan tapi satu kepala dalam RM15 la. Makanan akak bagi 4 bintang! Yana Restaurant ni for local people macam mahal sikit la but as for Halal Food at the area where its hard to find one bagi akak ia agak affordable la.

Lepas dah mentekedarah kami jumpa seorang lagi member kami iaitu Dauz. Dauz and his group split sekejap sebab yang lain nak terus ke airport. Mengikut itinerary kami masih ada few Wat yang kami belum lawati. So lepas makan kami terus ke Grand Palace, Wat Arun dan Wat Pho. Oo kat sini satu lagi konflik berlaku. Bahaha.

Memandangkan keluar je dari MBK dah pukul 4 macam tu so kami tak banyak masa lagi sebelum flight balik jam 9pm. Yang si driver ni pulak bawak kami ke jeti mana tah, rupanya nak ke Wat Pho dengan Wat Arun tu kena naik bot ye adik-adikku. Boat 300 THB dan mengambil masa 2 jam untuk habiskan tour tersebut. Disini kami ada dua kekangan, yang pertama duit dah menipis dan yang kedua 2 jam tu terlalu lama ye.

3. Chao Phraya River (Grand Palace, Wat Arun, Wat Pho)

Jadi konklusinya kami pergi ke pesisir Chao Phraya River saja dan ambil gambar disitu berlatar belakangkan wat-wat ni semua. Jadi la lepaskan kempunan ye dok? Huhuhu.


Mengertilah bahawa sesungguhnya cuaca adalah amat-amat panas waktu ni. Akak rasa adala dalam 40 darjah celcius. Tapi there you go! Akak pun tak sure belakang tu Wat Pho ke Wat Arun. Gigigi.

Kat belakang tu pulak Grand Palace ye wawawa.

Selepas sesi-sesi bergambar pada cuaca yang maha dasat itu kami pun terus drop Dauz di salah satu station untuk dia naik BTS ke Don Mueng Airport. Kami pula teruskan perjalanan cari tempat makan dan solat.

Supir kami ni memang beria-ia nak bawa ke tempat makan Muslim which alhamdulillah but tempat tu jauh nok. Huuu.. Tapi sepanjang perjalanan we're excited to see lots of Muslim sampai masing-masing keep on eye kat luar carik orang pakai tudung. Kekeke.

After about an hour journey (petang balik kerja jalan jam) kami sampai ke satu restoren Muslim yang ala-ala dinner in the garden la. Pemilik dia menyambut kami siap pakai kain pelekat dan cakap kelate. Bahaha. So tahulah kami dia rupanya orang Malaysia. Konsep restoren dia agak unik. Ada surau yang selesa untuk pengunjung, ada barista, ada tempat dining beraircond yang cantik dan sebagainya.

Musolla yang comel dan selesa

Hazelnut choc yummeh! Oh murah jugak la compare to Starbucks. RM 7 cmtu.

One with the owner (ha carik-carik) Bahaha owner dia kecik je kena tutup ngan hakak! :p

 Kami sempat Asar dan Maghrib sekali di sini dan bertolak lebih kurang jam 7.30 malam waktu Thailand. Perjalanan ke airport pun tak la lama sangat. Kami sampai dalam pukul 8.15pm dan flight pulang jam 9.30 malam.





Maka berakhirlah trip kami ke Bangkok yang penuh cerita dan keluarlah segala personaliti yang kami tak pernah tengok sebelum ni. Yang mereng, yang biol dan lain-lain. 

Till next trip! 

Wassalam.