Waaa.. sekejap je ada kat sini. Malas bebenor akak nak packing balik. Disebabkan semalam aktiviti yang terlalu pack akak pun dah macam tak nak bangun harini. Untuk harini kami balik nak singgah Danok sekejap untuk shopping lagi.
Tapi sebelum balik sempatlah makan for the last time dekat Restoren Kelantan tu.
One of the best tomyam I've ever had! Tak tipuuuuu
Segerrrr
Gambar kat Danok memang tak ada sebab battery kamera semua dah kong. Urusan imigresen di Danok pun boleh tahan lancar tak la lambat sangat dan ada jugak akak tengok letak duit selit tu but once again, no thank you. Kat Danok sesiapa yang nak carik beras pulut susu yang murah, inilah tempat dia.
Selain tu boleh jugak beli balm panas, minyak urut ops dan lain-lain kat sini. Handbag pun murah-murah. Akak banyak borong beras pulut dengan maggi Thai yang famous buat kerabu maggi tu. Tapi korang berbelanja berpada-pada sikit ye sebab selalunya kat sempadan Malaysia, unit penyeludupan selalu sangat buat spot check.
Ok dah settle entry Hatyai yang simple dari akak.
Next post, Medan ke Ho Chi Minh ye.. uhuk. Nantila fikir.
Wassalam.




















