Assalamualaikum yuhuuu yuhuuu. Harini akak last day dah kat
Bandaraya Ho Chi Minh yang banyak motor ni. Hikhik. Sebenarnya kalau korang
datang sini, tutup mata pun ko boleh lintas jalan sesak tu sebab walaupun motor
amat banyak tapi diorang ni sebenarnya bawak berhemah dan slow je dalam 40km/j
kot. Tak macam kat Malaysia dipenuhi dengan mat rempit.
Memandangkan jadual trip akak yang agak padat dua hari
sebelum ni (sebab memang akak padatkan kat dalam itinerary) jadi harini kami
nak chill chill je kat sini. Macam akak dah cakap dalam first entry dulu, kami
memang alhamdulillah tak kena apa-apa scam sebab kami cuba elakkan guna servis
(melainkan tour dan bas). Tiket flight kami pukul 4 petang jadi memang sempat
sangatlah kalau nak jalan-jalan sekitar sini. Kalau korang tengok itinerary
akak mesti korang pun tergelak sebab kemain detail lagi tempat yang akak nak
pegi.
Oh berbalik ke permulaan hari kami. So pagi tu kami dah pack
barang semua siap-siap. Waktu check out pukul 12 but kami turun dalam pukul 10
terus check out. Beg boleh je tinggal kat lobby tak kena charge pun tapi ko
kena bagitau estimate masa ko nak pick up beg. Kat bawah kami tunggu
kawan-kawan En Fadil sekali. Diorang flight pukul 2 tak silap akak jadi kami
pergi makan sekali sebelum diorang ambil uber dan terus pecut ke airport. Uber
dalam VND20k jugak.
Lepastu kami pergi breakfast dulu kat bawah (selepas yakin
duit nak naik bas ada lagi wakaka) So dah berapa hari duduk Vietnam barulah
pagi ni akak terasa nak makan Pho Daging. Pho ni sebenarnya sup. Kalau korang
baca blog lain dia kata makan Pho Daging la paling murah sesungguhnya diorang
membongak je sebab harga dia sama je macam kalau ko makan nasi goreng.
Istimewanya Pho Daging ni sebab dia disertakan dengan
ulam-ulam yang obviously akak pandang dengan hujung mata je. Kikiki.
Pho daging dan ulam
So lepas je makan En Fadil ucapkan selamat tinggal kat
kawan-kawan dia (padahal esoknya jumpa hahaha) dan kami mulakan perjalanan
round city by foot. Masatu dalam pukul 11.30 macam tu la. Ko bayangkan tenghari
rambang. Hahaha.
Berpandukan pada map yang akak dapat dari tour agent yang
kami tak jadi amik tu, memang memudahkan perjalanan kami. Actually masa jalan
nak pergi muzium tu kami kena tahan dengan ala-ala beca tu. Dia bagi la
testimoni orang-orang Malaysia yang pernah naik dengan dia. Siap impress dengan
janggut En Fadil -_-" Lepas kami kata no no no dia tak faham bahasa jugak
akak terus pegang kepala pura-pura migrain. Tak, memang serius akak buat macam
kononnya berdenyut kepala. Akak ramas-ramas dahi. Akak tak tahu kenapa tapi dia
macam takut dan terus blah dengan muka cuak. Jadi sila tiru taktik akak kalau
korang kena tahan lepas ni. Wakaka.
Tapi sebelum beransur tu dia ada pesan jugaklah yang muzium
tutup hanya akan dibuka pukul 1.30pm. Tak, memang serius jugak yang ni. Memang
muzium dia bukak pukul 1.30pm. Krik krik krik. Dalam 6 tempat yang ada dalam
iti akak, kami dapat pergi 4 je. Yang 2 lagi tutup.
Kalau korang ada map, memang boleh sangat nak jalan sebab kat setiap jalan memang ada signage jadi kalau tanya akak memang amat mudah dan jimat daripada korang amik pakej (yup ada jugak dijual pakej HCM roundcity tapi akak tak ingat berapa VND)
1. Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon
Bukan main poser lagi akak. Haha. Kalau korang nak tau notre dame cathedral ni ada beberapa bijik je dalam dunia ni. Yang famous kat Paris tu la. Yang kat HCM ni dibina oleh pihak Perancis jugak dalam tahun 1863 hingga 1880. Basically yang ni adalah church la.
Depan gereja ni ada satu statue yang tempat aku bersandar tu. Kalau korang google maklumat, korang akan baca yang pada tahun 2005 seluruh HCM dan dunia kegerejaan (apebenda niiii wawawa) digemparkan dengan kononnya statue ni menangis. Macam mana dia menangis jangan tanya akak sebab seram pulak akak jadinya. Kekeke.
2. Saigon Central Post Office
Kalau korang jalan kaki je macam akak jangan la risau ketibas. Apa ketibas? Ketiak basah wawawa. Sebab lokasi Saigon Central Post Office ni dengan notre dame cathedral tu sebenarnya berdepan je. Ko lintas jalan je. Masa sampai tu akak memang amazed dengan architecture pejabat pos ni. Selalu bila maca blog akak fikir, buat apalah korang datang sini rupanya tempat ni memang sangat cantik.
Dia punya rekabentuk bangunan zaman kolonial sama lebih kurang dengan Stesen Hualampong di Bangkok. Dan memang ianya masih lagi digunakan sehingga kini sebagai pejabat pos utama.
Bukan main poser lagi akak. Haha. Kalau korang nak tau notre dame cathedral ni ada beberapa bijik je dalam dunia ni. Yang famous kat Paris tu la. Yang kat HCM ni dibina oleh pihak Perancis jugak dalam tahun 1863 hingga 1880. Basically yang ni adalah church la.
Depan gereja ni ada satu statue yang tempat aku bersandar tu. Kalau korang google maklumat, korang akan baca yang pada tahun 2005 seluruh HCM dan dunia kegerejaan (apebenda niiii wawawa) digemparkan dengan kononnya statue ni menangis. Macam mana dia menangis jangan tanya akak sebab seram pulak akak jadinya. Kekeke.
2. Saigon Central Post Office
Kalau korang jalan kaki je macam akak jangan la risau ketibas. Apa ketibas? Ketiak basah wawawa. Sebab lokasi Saigon Central Post Office ni dengan notre dame cathedral tu sebenarnya berdepan je. Ko lintas jalan je. Masa sampai tu akak memang amazed dengan architecture pejabat pos ni. Selalu bila maca blog akak fikir, buat apalah korang datang sini rupanya tempat ni memang sangat cantik.
Dia punya rekabentuk bangunan zaman kolonial sama lebih kurang dengan Stesen Hualampong di Bangkok. Dan memang ianya masih lagi digunakan sehingga kini sebagai pejabat pos utama.
Kat dalam ni ada jugak beberapa gerai yang jual cenderamata HCM tapi kalau korang masuk je post ofis ni kat tengah-tengah hall tu ada kaunter jual banyak poskad. Akak beli poskad je bagi kawan-kawan. Kedekut tak? Wakaka. Tapi memang cantik dan murah-murah je poskad dia. Kalau korang nak hantar by pos pun boleh tapi mengertilah yang harga setem lagi mahal dari harga poskad. Kahkahkah.
3. Municipal Theatre/Opera House
Municipal Theatre atau lebih dikenali sebagai Opera House kat Ho Chi Minh memang ada kat tengah-tengah pekan. Kalau korang jalan kaki macam kami korang akan nampak satu project besar usahasama Jepun dan Vietnam (besar-besar ada bendera dua negara ni depan Opera House).
Nampak macam project train la. Macam la. Kalau betul, mudah la untuk tourist datang HCM lepasni sebab kalau tanya akak memang akak prefer lagi naik train/bas daripada tahan teksi. Biarla mereput driver-driver teksi yang suka scam pelancong tu.
Kat area Opera House ni kalau korang nak lintas jalan bebaik sikit ye anak-anakku sebab area ni dekat dengan ofis-ofis memang banyak kereta. Motor tak payah cakap la. Motor dia hati-hati boleh elak kita, yang kereta ni haih kemain berlagak lagi muka.
4. City Hall
Dari Opera House nak ke City Hall ni sebenarnya tak la jauh mana. Tapi disebabkan ada project Japan-Vietnam tu so ada construction besar-besar tengah jalan. So korang kena follow maps betul-betul. Nak carik City Hall ni mudah je sebab dari jauh korang dah boleh nampak patung Ho Chi Minh besar-besar tengah melambai korang. Kikiki.
Kalau korang Google jangan pulak korang terkejut kalau baca blog lain patung dia lain. Haha. Sebab sebelum ni patung Ho Chi Minh jugak tapi tengah duduk dan ada budak perempuan kat sisi dia. Tapi dikatakan yang budak perempuan tu selalu bercakap maka diorang remove patung budak perempuan tu. Wakakaka pandai2 je akak buat cerita. Korang pun percaya la akak membongak korang.
Patung ni ditukar pada tahun 2015. Baru sangat. Berkilat lagi. Kikiki.
Masa kami jalan tu dalam cuaca dah tintong. Panas tapi mendung macam nak hujan. Sebabkan pagi tadi dah makan berat kami pun macam rasa okay jela. Tak payah makan kot sebab dalam flight ada pre book meal jugak. Jam dah pukul 1.30pm so kami decide untuk balik hotel amik bag dan ke airport.
Elok je kami amik bag dan sampai kat stesen bas terminal 152, hujan turun selebat-lebatnya. Huhu.
Bas sampai dalam pukul 2.15pm. Kami naik sekali dengan dua Americans. Sampai je ada sejam setengah lagi nak masuk. Oh btw airport dia kecik je macam Subang Airport tu je. Jadi ko takyah bergegas sangat la. Cuma nak masuk kastam check tu je kemain panjang beratur. Kami watlek watpis dulu kat luar sebab flight lama lagi kan. Tapi haih apela nasib, perut pulak berbunyi.
Akak dengan En Fadil kill time dengan cara jalan-jalan je dalam airport untuk hatching egg Pokemon Go. Kat airport ni macam yang akak cakap masa first day, memang tak ada makanan halal ye. Ada pun Burger King je. Maka akak pun dengan muka selebet beli fries dengan coke ajela. Dahlah tu duit last-last kami. Hahaha. Sadis gila rasa masa tu. Tula, shopping tak ingat.
Lepas makan tu kami terus check in. Bila check in nama akak dengan En Fadil kena panggil pergi kaunter dengan 4 orang lagi. Pelik gak. Rupanya sebab kami tak ada check in luggage so diorang nak double confirm beg yang kami bawak tak lebih muatan masuk dalam flight. Kalau ikutkan memang tak lepas tapi tetiba dia tanya akak 'pregnant?' Akak cakap tak. Then dia kesian kot dia suruh akak duduk je dengan En Fadil. Tak sure la dia dengar ke tak akak cakap tak tu. Tapi ko cakap aku pregnant!?? Pewot onceeeettttt :(( Wakakaka.
So dalam flight dapat la akak makan dengan gembiranya. Mac and cheese dia ni sedap jugak la. Akak bagi 9/10. Next flight boleh order lagi.
Kami touch down je pergi makan lagi. Haha nampak tak, patut la boncet, hahaha.
Maka berakhirlah trip akak dan suami ke Ho Chi Minh. Tempat yang mana ramai orang takut nak pergi disebabkan scammer yang berkeliaran tapi alhamdulillah semuanya baik-baik saja untuk kami.
Till next time!
Wassalam.













































































