Assalamualaikum semua.
Ish ish ish.. Lamanya tak update blog. Maksudnya lamanya akak dah duduk mereput kat rumah. Uhuk uhuk. Tunggu duit beranak memang lama lagi. Disebabkan nilai matawang kita amatlah teruk sekarang, maka akak pun cubalah sedaya upaya untuk tutup mata masa Free Seat promo haritu dari Air Asia. Tapi ada satu jela. Ke mana? Tungguuuuu..
Ok untuk trip ke The Lion City, Singapore ni buat pertama kalinya akak gunakan khidmat tour guide. Akak pergi ni day trip tour. Kaw-kaw punya jalan. Akak pergi dengan kawan baik akak sejak kecil, Cik Ly. Akak panggil trip ni sebagai celebration trip menggunakan hashtag #22yearsoffriendship. Gitew. Trip ni akak recommend kepada korang yang tak tahu buat apa hujung miggu, ala-ala weekend gateway gitew. Sebabnya korang tak perlu amik cuti & paling penting ada masa untuk berehat sebelum kerja hari Isnin. Akak bagi diorang ni 5 HA! Memang terbaik dan sangat berbaloi. Crew yang bawa kami pun pulak tersangatlah sporting. Untuk post Singapura ni akak bahagikan kepada 2 part ye sebab panjang berjela kalau satu part je. Huhu.
KL Sentral - Singapore Jumaat Malam.
Kami semua berkumpul di KL Sentral pada pukul 10.00 malam. Tapi disebabkan ada masalah teknikal sikit (paku panjang kat tayar bas) maka perjalanan sedikit delay dan kami mula bergerak jam 12.15 tengah malam masa tu. Actually masa masuk bas tu akak dengan Cik Ly dah tak sedar apa dah sebab yela, siang tadi kan kerja. Akak sampai rumah pukul 6.30pm, terus akak bakar ikan buat dinner En Fadil. Akak sampai KL Sentral dengan Cik Ly pukul 8.30pm & kami makan dulu kat foodcourt.
Kami terbangun balik dah sampai pun R&R Gelang Patah. Haa.. bangun-bangun terpinga-pinga dua ekoq Gelang Patah kat mana. Hahahahaha. Ok dah sampai JB rupanya. R&R ni lawa. Dia punya architecture ala-ala bangunan lama gitu. Kami sampai dalam pukul 4 pagi. Sempatlah nak mandi, rehat, solat dan sarapan. Sarapan pihak Caravan Serai dah sediakan nasi lemak sekali. Kau bayangkanlah, akak ni dah la tengah diet. Tapi memikirkan banyak energy nak guna akak makan la jugak.
Dalam pukul 7 macam tu kami pun bergerak masuk ke Singapura. Akak ingatkan dah dekat sangat rupanya dalam sejam jugak la nak masuk ke sana. Pak Tam yang merupakan crew Caravan Serai dah siap-siap distribute white card untuk kami isi.
Crew dah isikan sikit. Baik angat-angat <3
Actually masa kat imigresen Johor tu akak dah cuak dah takut tak lepas, yela ni memang penyakit akak. Tapi alhamdulillah yahoooo. Ada 3 orang tak lepas tapi tak tahulah apa masalahnya, tak sampai 10 minit Pak Tam kasi setel. Giteww. Masa dalam bas Cik Ly yang pernah datang USS bagitau yang kat imigresen nanti sangat sesak. Tapi alhamdulillah bila kami sampai je tak ada orang sangat pun. Yang sesak kat bahagian yang naik kereta motor tu. Yang naik bas laluan lain. So urusan masuk ke Singapura berjalan dengan lancar.
Touchdown (sangat) Singapore!
1. Merlion Park
Merlion Park ni merupakan pit stop pertama kami. Sebenarnya ada lagi satu Merlion yang besar punya tapi yang tu ada kat Sentosa Island. Nanti akak cerita kat part 2. Merlion yang ada kat Merlion Park ni antara yang paling famous dan wajib untuk kita datang kalau datang ke Singapore.
So ape benda Merlion ni?
Ok ni cerita dari tour guide akak tau. Merlion is obviously a combination name of Mer (sea) and Lion. Kenapa sea dan lion. Masa kita belajar dulu kan kita tau yang nama Singapura ni dulunya ada Temasik. Tasik la. Dari air. Temasik kemudiannya ditukar namanya ke Singapura. Jadi Merlion ni basically tak ada apa-apa mitos pun. Bukanlah dulu ada makhluk ni ke apa. Ia hanya arca kombinasi bagi memperingati nama lama dan nama baru. Thats all.
Merlion yang kecik ni sebelum ni ditempatkan kat tempat lain. Tapi tak la jauh sangat dari tempat baru ni. Sebab yela majoriti masyarakat Singapura ni kan Cina, jadi mereka memang percaya dengan Feng Shui. Merlion Park ni menghadap laut which was believes to be good Feng Shui. Ha kat belakang tu jugak bangunan Marina Bay Sands yang terkenal dengan tiga tower dan bentuk kapal atas tu. Tapi akak tak pergi nearby sana.
Btw walaupun Singapura dengan Malaysia ni dekat-dekat je tapi honestly akak rasa Singapura punya cuaca adalah jauh lebih panas dari Malaysia. Pukul 9 dah terik noks. Maybe sebab negara dia dikelilingi laut kot. Macam akak Penang Island dulu jugak, panas nau-nau.
2. Mirror Balls in front of Asian Civilisations Museum.
Kat Singapore ni kalau korang nak tau memang sangat kecil. Mengikut kata tour guide kami masa tu jarak dari hujung utara sampai hujung selatan Singapora ni hanyalah 43km! Maksudnya sejarak full marathon! Dan jarak timur ke barat pula less than 25km. Ish ish ish. Kalau tolak jalan raya yang bersimpang siur ni memang dalam masa sehari korang boleh berjalan keseluruhan Singapore. Yes, berjalan. Kikiki.
Ok back to my story. Memandangkan begitu kecil Singapore ni, satu tempat ke satu tempat memanglah kecik je. Jadi memang boleh jalan kaki je. Dari Merlion Park kami berjalan pergi ke Mirror Ball melalui satu jambatan atas air iaitu Cavenagh Bridge. Cavenagh Bridge ni berdepan dengan Fullerton Hotel, iaitu hotel yang dulunya merupakan bangunan pos & menjadi kubu tentera zaman Jepun. Masa kami sampai tu rombongan TMJ ada kat situ. Nak follow akak lettewww. Wawawa.
Lepas jalan menyeberang jambatan ni, kita akan sampai ke Mirror Ball ni betul-betul kat depan Asian Civilisations Museum. Akak rasa sebenarnya dia ada nama lain. Haha. Tapi entahlah akak panggil jela mirror ball asalkan korang faham kan.. Hihi.
Akak tak tahu apa simboliknya bola-bola ni tapi kawasan ni memang banyak arca-arca yang menarik. Ada la kot ceritanya, korang google la sendiri ye. Kikiki.
3. Victoria Theatre and Concert Hall
Victoria Theatre and concert hall ni sebenarnya beberapa langkah je dari mirror ball tu. Ha, kan akak cakap dekat je antara satu tempat ke satu tempat. Kat sini takde apa pun haha tapi adalah sejarahnya. Bangunan ni siap dalam tahun 1900, antara bangunan yang tertua di Singapura.
Antara fungsi dia ala-ala Istana Budaya kita jugak. Tapi besides tempat performance, dia jugak adalah tempat selalu berlangsungnya exhibition, meeting dengan negara-negara luar dan sebagainya. Kiranya macam Istana Budaya + PWTC. Giteww.
Hahahaha jangan kecam akak. Akak dah kurus sikit, let me enjoy my body ye. Ringan sikit tu yang sampai boleh terbang ke udara tu. Kahkahkah. Oh lupa nak bagitau, kat area ni ada wifi free tau jadi silalah online atau live update gitu. Akak ni kedekut, kalau pergi oversea jangan harap akak nak beli sim. Sebab memang nak tengok tempat orang/berjalan. Kalau ada internet connection memang akak tak fokus nanti.
4. Gardens by the bay
Nak ke Gardens by the bay ni kami naik bas semula. Tak jauh sangat pun. Dari sini pun boleh nampak Marina Beach Sand tu. Kan tadi kat Merlion Park pun boleh nampak kan.. ha maknanya memang tak jauh. Tapi ko tak boleh jalan kaki sebab traffic bersimpang siur kat sini.
Menara yang dipanggil Supertrees ni kalau malam lagi cantik. Tapi disebabkan itinerary akak agak tight maka tengah hari rambang akak sampai sini noks. Masih lagi cantik la dari pandangan akak. Supertrees yang korang nampak ni sebenarnya adalah serombong asap.
Gambar Google
Kalau korang yang ada masa banyak akak sarankan masuklah dalam Gardens by the bay ni sebab sangatlah cantik. Mahal sikit la, entrance fee SGD 28, kalau convert dalam RM100 jugak la. Huhu. Kalau akak ada masa haritu memang nak masuk dah tapi sebab kami kat sini sejam lebih je jadi tak berbaloi rasa nak masuk.
Tapi masa akak datang tu ada Dinasour exhibition. Jadi kat luar pun dah macam-macam sangat dah. Sejam lebih tu memang ngam-ngam je korang nak lawat luar Gardens by the bay ni. Tu pun kalau korang kaki bergambar semua tempat nak bergambar (sebab semua cantik) memang tak cukup sejam lebih tu.
Nama pun big fish aquarium, beso-beso ikan dia. Kalau masak 3 rasa ni.... yummmss. Kikiki
Hamek ko, posing sakan kat sini. Masa kat aquarium tu sejuk je, rasa macam nak baring-baring. Kikiki. Kalau ada kesempatan lagi memang akak nak pergi lagi sini. Sebab memang cantik noks.
5. Bugis Street
Mengikut kata tour guide akak, dalam tahun 50an dulu Bugis Street ni adalah Lorong Haji Taib. Kikiki. Ia merupakan tempat banyak shemale-shemale berkeliaran. Tapi sekarang ni dah jadi tempat shopping bagi pelancong yang datang ke Singapura ni. Kat sini adalah Bugis Mall, depan dia ada banyak kedai-kedai yang menjual barangan cenderahati dengan lambang Singapura.
Segala mak nenek T Shirt, fridge magnet, keychain semua kau boleh dapat kat sini.
Tapi kalau korang nak tau, sebenarnya ada satu lagi tempat yang akak akan cerita kat Part 2 yang mana korang boleh dapat lagi murah. Tapi kat sini T Shirt sila beli sebab murah dan banyak pilihan.
Budak kaki shopping. Kekeke
Selain dari barangan cenderahati, kat sini jugak ada jual coklat yang rare-rare. Bahaha tak la rare sangat tapi yang susah dapat kat Malaysia la. Macam Nutella stick tu, macam-macam la.
Sebenarnya kalau korang perasan yang pakai baju biru seragam tu merupakan pelancong dari Indonesia. Ikut statistik pelancong yang datang ke Singapura ni paling ramai adalah warga Indonesia. Diikuti dengan China. Orang Malaysia bukan tak ramai tapi ramai yang masuk sebagai pekerja, bukan pelancong :)
Ok akak sambung part 2 nanti ye.
Yang ni pun 4 hari baru siap. Hahaha.
Wassalam.