Ok so basically hari ke empat ni merupakan hari lawatan. Memang sangat banyak tempat yang kami jalan. Yes, you read me right. JALAN okay. Saja je akak nak menguruskan badan kan? Eh tapi memang rasa kurus sikit la. Makan ala kadar lepas tu jalan banyak. Lama sikit duduk Korea memang boleh dapat balik berat asal sebelum kahwin. Hihi.
1. Gyeongbokgung Palace
Actually kat area Seoul ni ada jugak beberapa istana yang ada tapi Gyeongbokgung Palace ni merupakan yang paling besar. Kat sini ada je guide yang akan bawak tunjuk-tunjuk dalam tu tapi kalau kau jalan sendiri pun boleh. Bukan ada apa sangat cuma tempat ni memang sangat cantik. Kami sampai agak awal sebab akak nak tengok sesi pertukaran guard. Nak sampai tempat ni akak sekali lagi naik train je & turun kat station Gyeongbokgung. Then kena menapak dalam 5 minit nak ke istana ni.
Jangan risau, jalan dalam subway jugak. Memang subway tu membawa terus ke istana ni.
Harga masuk hanya KRW 3 000 dalam RM10. Tepat akak sampai tu memang dah half way sesi pertukaran guard. Actually kalau korang tak beli tiket pun tak apa sebab pertukaran guard ni kat luar je cuma kalau masuk dalam memang puas hati. Dalam sangat cantik & paling penting bersih.
Puan Ain yang senyum cuak. Kekeke
Actually guard dia ada yang baju biru dengan merah. Yang biru ni tukang pegang bendera je, yang merah pegang parang besoooorrr. Muka pun bengis habis. Sebabkan ramai yang amik gambar dengan merah maka akak kesiankan yang biru. Meh bergambar meh. Kikiki. Oh btw kat sini dia tak bagi selfie tau. Maksudnya kalau korang nak amik gambar dengan guard ni kena orang amikkan. Kalau dari jauh boleh la selfie.
Petang dalam pukul 2pm ada lagi satu sesi pertukaran guard yang besar punya tapi disebabkan itinerary akak agak pack harini maka dapat tengok yang pagi pun ok la bagi akak.
Kat istana ni ada tempat nak sewa hanbok jugak dan jalan-jalan dalam istana. Akak tak sure berapa tapi tak mahal sangatlah. Actually kalau korang datang sini photoshoot pun agak best jugak sebab pakaian dah ada, tempat pun ala-ala classical gitu
FROZEN LAKE!
2. National Palace Museum of Korea
National Palace Museum of Korea ni terletak sebelah je dengan Gyeongbokgung Palace ni. Kiranya macam akak yang naik train ni keluar subway je memang akan nampak muzium ni dulu sebelum masuk ikut pintu kanan istana. Masuk sini free je.
Muzium ni ada beberapa tingkat. Akak memang takjub betul dengan susun atur muzium ni. Sebab akak rasa macam clean and tidy sangat. Tak serabut. Dalam ni dia dah bahagikan ikut dinasti. Kiranya tak la bercampur aduk. Dan setiap seksyen tu pulak ada permainan yang sangat interaktif untuk budak-budak. Kiranya tak la bosan sangat muzium ni sebab akak rasa dulu kekecik bila mak akak bawak pergi muzium boring kot. Hahaha.
Dalam muzium ni jugak ada kedai serbaneka (tapi agak mahal la cenderahati yang dijual) dan juga coffee shop kalau nak minum seteguk dua. Akak tak habis pusing pun sebab banyak lagi tempat nak pergi. Haha.
3. Cheonggyecheon Stream
Cheonggyecheon ni merupakan sungai (kalau kat Malaysia sebenarnya macam Sungai Klang kat KL tu) yang ada di tengah-tengah bandar Seoul. Tak silap akak panjang dia dalam 10km jugak. Sini memang tempat yang hot la kalau nak berdating. Kikiki. Ada jugak air terjun buatan kat sini yang buat tempat ni rasa nyaman je.
Masa akak pergi tu kan dah winter and dah nak dekat Krismas, maka decoration untuk Krismas dah mula dipasang. Kalau malam katanya lagi cantik & kat sini memang tak bahaya pun kalau korang jalan sensorang sebab memang area yang selamat la katanya.
Kalau korang baca dalam blog-blog orang lain depa duk tepi tu hulur kaki main air. Sesungguhnya musim winter tak payah la nak try sebab air tu macam air batu sejuknya, kang tak pasal-pasal cramp kaki. Yes, sebab akak try cedok guna tangan tapi tangan dah nak cramp T___T
Kalau air tak sejuk dah lama akak kutip syiling yang orang campak tu. Bahaha
4. Seoul City Hall
Seterusnya akak dan Encik Fadil ke Seoul City Hall. Tapi sebenarnya pagi tadi masa keluar kami sempat makan roti je maka masa kami dah otw nak ke Seoul City Hall ni dah dalam pukul 3pm. Punya la lapar habaq hang!
Maka turun je station City Hall tu akak dah blur gila dah sebab setau akak memang tak ada restoren halal yang ada sekitar tu. Maka ting! Akak teringat yang kita boleh makan onigiri mayo kat 7 Eleven. Masa akak masuk tu akak confuse jugak sebab packaging dia macam lain sikit dari dalam buku I Am Backpackers Korea. Tapi nasib baik salesgirl 7e tu sangatlah helpful. Dia yang tolong akak carikkan & panaskan dalam microwave :') Rasa terharu pulak sebab that girl memang tak pandai English tapi dia betul-betul berusaha nak tolong :)
Macam yang akak cakap sebelum ni, kat sini hampir semua 7e ala-ala cafe. Diorang memang ada jual makanan ready to eat banyak sangat. Jadi tak jadi masalah.
Lepas dah kenyang kami terus jalan ke Seoul City Hall. Tapiiiiii...
Alangkah sedihnya sebab tutup sebab renovation T______T
Sedih gila kot. Nasib baik dah makan kalau tak menggangu emosi sungguh tau. Depan City Hall ni kalau musim peak winter dia akan jadi tempat ice skating terbuka yang sangat besar.
The massive Seoul City Hall
Ni la kawasan yang akan jadi area ice skating kalau peak winter
5. Yeouido Park
Untuk peminat-peminat K-Drama/rancangan-rancangan realiti Korea seperti Running Man & Superman Return mesti korang familiar dengan station TV KBS. Turun kat station Yeouido nilah kita boleh jalan ke bangunan yang famous ini.
Dari station Yeouido korang jalan terus je sampai ke hujung jalan & lintas. Kat situlah Yeouido Park. Belah kanan pulak adalah bangunan KBS.
Yeouido Park ni agak terkenal sebab dia menjadi taman permainan/istirehat yang luas dan ada macam-macam aktiviti ada. Skateboard, basikal, basketball, macam-macam lagi la. Dan park ni pun walaupun ramai orang tapi sangat bersih okay.
Masa kat park ni En Fadil punya kaki dah melecet. Jalan pun slow dah. Selaku isteri yang mithali, akak pun tak nak paksa dia lagi. Walaupun kalau ikut hati akak nak jalan lagi banyak-banyak. Jadi lepas dari Yeouido Park ni kami balik bilik dulu untuk rehat, mandi dan solat sebab lewat petang nanti nak pergi Namsan Tower pulop.
6. Namsan Tower
Untuk ke Namsan Tower ni lagi senang kalau naik bas la. Memang ada tiga bas shuttle ke Namsan Tower iaitu nombor 02, 03 dan 05. Kalau korang yang datang Korea boleh check dulu korang dekat dengan station bas mana kat http://www.seoultower.co.kr/en//visit/transfers.
Naik bas ni korang touch in kad T-Money/Cashbee, nak turun nanti baru touch out. Jangan risau pasal check point sebab dalam bas ni ada announcement apa next stop.
Sampai je maka menapaklah korang naik bukit yang sangat curam itteww T_T
Tapi bila sampai the view memang breathtaking gila + sejuk gila. Haha. Actually kalau korang sekadar nak naik kat tempat yang ada kunci-kunci tu memang free je. Cuma kalau nak naik atas sampai observation deck yang kena bayar. Tak mahal sangat pun KRW10 000 je lebih kurang macam naik KL Tower jugak. Dia ada pakej-pakej lain jugak berserta air dan makanan la apela tapi tak yahlah kang was-was buat rugi je.
Nak naik atas tu akan ada orang yang akan guide. Dan dia punya lif wow. Menarik gila. It was like naik kapal angkasa. Dan bila turun macam dari angkasa lepas sampai ke bumi. Sangat laju okay.
Balik tu kami naik bas semula. Perut dah lapar menggila dah. Kami telek-telek kedai kebab Nandaemun yang dekat dengan hotel kami bukak lagi. Kebab tinggal sikit je. Hehe. So kami order nasi kebab & disebabkan kedai nak tutup dah owner dia yang baik hati tu bagi kami semua. Wahaha. Nak meletup perut akak makan.
Btw corn chips tu amatlah sedap jadi kalau sesiapa yang nak pergi Korea tu sila beli banyak-banyak bawak balik. Kikiki.
Ok, next entry Day 5 pulak.
Thanks for reading.
Wassalam.






















No comments:
Post a Comment