Tuesday, 20 March 2018

Krabi Day 2

Assalamualaikum sawadekaaaa..

Ok kembali ke Krabi semula!
Sebelum akak teruskan dengan entry Krabi ni akak nak promote sikit sesiapa yang berminat nak pergi Krabi boleh whatsapp akak di 0192088230. Ada dua jenis pakej akak sediakan, satu dari sempadan bukit kayu hitam RM349 sahaja dan satu lagi siap bas dari KL Sentral RM499.

Untuk hari kedua kami berdua dah bersiap awal pagi sebab ikut plan akak nak jogging sepanjang pantai tapi disebabkan lupa pulak akak tak ada internet jadi macam sia-sia je akak lari sebab tak dapat record dalam strava, giteww.

So pagi tu lepas siap kami jalan area hotel pergi 7 eleven untuk beli sarapan. Akak beli biskut, roti dengan air je. Kat sini kesalahan utama akak adalah akak dengan En Fadil dua-dua tak makan pil tahan muntah tu dan kami pergi minum susu pagi tu. Uhuk uhuk so apa yang akan berlaku korang mesti dah dapat agak. Haha. Masa pagi tu sebenarnya macam nak hujan dah. Cuak jugak akak sebab mesti cancel ke apeni.


Ada orang yang akan pick up kita depan hotel. Tunjuk je resit yang kita beli tu. Kemudian dengan naik tuk-tuk tu kita semua akan dibawa ke satu tempat berkumpul. Kat sini diorang akan kutip THB400 untuk fees pulau tu. Fees pulau ni ada yang dah termasuk dalam pakej, ada yang tak. So bayar kat situ jelah fees tu. Lepas bayar tu dia ada bagi macam satu wrist band supaya taulah tu group dia.


Dah lepas urusan bayar National Park Fees tu tiba-tiba hujan daa... haha. Masani akak dah cuak dah kot la trip kitorg cancel. Tapi lepas tunggu dalam 10 minit gitu, hujan reda. Alhamdulillah. Sementara tunggu hujan reda tu sempatlah kitorg berkenalan dengan a group of Malaysian ladies dan ada mamat Korea ni nama dia Mr Lee. Dia ni coach bola sepak untuk team Chiang Mai. Tapi bila akak search nama dia kat Google, macam lain je muka Mr Lee tu. Bahaha.

Tak pe, abaikan dia.



Dari tempat menunggu tu kitorg naik semula tuk-tuk untuk ke tempat ala-ala jetty dia. Kat sinilah semua boat-boat parking. Untuk pakej yang akak amik ni naik speedboat. Kalau ikutkan akak dah lama dah tak naik bot ni rasanya adalah dekat 10 tahun. Jadi memang tak prepare apa-apa untuk naik bot ni. Kisah yang bakal akak ceritakan nanti amatlah menyayat hati huhuhu.

Pakej 7 island hopping ni bukanlah pakej yang pergi 7 pulau. Tapi sebenarnya pergi 7 point. Disebabkan akak pergi ni dah agak lama so akak sebenarnya tak ingat sangat nama pulau dia hahaha.

Korang layan jela gambar ye.






 



Cerita sadis yang akak nak cerita adalah, akak dengan En Fadil muntah banyak gila bahahahaha. Tapi akak awal-awal trip sempat telan pil muntah, En Fadil pulak tahan macho tak makan jadinya dah nak hujung-hujung tour tu dia dah tak larat dah kikiki.


Untuk pakej island hopping ni dah termasuk dengan makan sekali. Makanan halal ye, jadi selepas dah bersnorkelling, mandi-manda tu mestilah akan lapar kan. Jadi masa kat Phi Phi Island tu kita akan dibawa ke satu restoren Muslim.

Alhamdulillah kenyang perut suka hati.

                                             Brother ni punya eskem memang terbaik!

Habis tour dalam pukul 5 macam tu, kami terus balik dan rehat. Malam pulak jalan-jalan cari makan dekat Malaysi-Krabi restaurant. Kedai ni memang viral dah dalam group Krabi Backpackers sebab owner dia yang mesra alam. Owner dia Abg Eddy memang orang Malaysia. Dari hotel kitorang tak jauh sangat pun. Jalan kaki je.






Kat kedai ni harga kira affordable la berbanding kedai yang kitorg makan semalamnya. Harga standard makan dua orang dalam THB180. Balik tu memang pengsan terus tido kitorg.

Akak sambung Krabi hari ketiga pulak ye untuk next post.

Wassalam.