Assalamualaikum,
Sawadekaaaa...
Alhamdulillah harini dah hari terakhir kami disini. Van janji nak pick up dalam pukul 10am jadi pagi-pagi kami dah check out dan pergi breakfast kat kedai berhampiran sambil pulang semula motor yang kami sewa semalam.
Punya la sebabkan tak dapat nak lupakan pancake semalam jadi breakfast pagi ni pun nak makan pancake wahaha. Tapi kalini kami try kat kedai ni dan pilih peanut. Biasa-biasa je. Akak pulak order bubur nasi. Boleh tahan la.
Dalam 10.10am macam tu van datang pick up kami. Dalam tu ada 2 pasang couple mat salleh dah ada. Lepas ambil akak terus ke airport.
Flight kami sebenarnya jam 2pm jadi sempatlah merayau sekitar airport, menghabiskan saki baki syiling yang ada.
Jumpa lagi next entry.
Wassalam.
Thursday, 17 May 2018
Krabi Day 3
Assalamualaikum semua.
Sawaaadekaaaaa.. Sementara ada kerajinan ni akak nak tulis lagi tentang hari ketiga pula akak dan En Fadil di suami. Boleh dibuat panduan la bagi yang baru pertama kali nak ke Krabi sendiri. Tapi lagi sekali kalau-kalau nak pakej akak pun ada jual jugak haha.
Jadi berpagi-pagian kami bangun, makan apa yang ada je beli kat 7 eleven dan dalam pukul 10 pagi tu terus pergi ke kedai depan hotel kami untuk sewa motor. Sewa motor tu murah je dalam THB200 je iaitu dalam RM25 sehari. Kat situ dia ada option sama ada nak tinggal passport atau bagi salinan je. Sebabkan memang akak dah prepare salinan so akak bagi salinan jela. Tak kuasa akak nak merisikokan passport haha. Ada minyak sikit je nanti dia tunjuk tempat minyak yang tak jauh dari situ. Minyak mahal gila tau kat situ. Isila dalam THB50 memang sikit gila ngam-ngam la kalau nak jumpa petrol station nak ke Krabi Town tu.
Sebenarnya akak tak faham kenapa akak ada gambar ni. Haha. Masa akak amik motor ni ada dua minah salleh ni hantar motor lepas tu owner kedai ni ajak kitorg bergambar. Yang tak boleh blahnya, bergambar guna kamera akak. Hahahaha. Ntah la, layan jela.
Ko jangan tanya ni motor apa tapi En Fadil tergedik-gedik nak motor ni sebab dia kata kat Malaysia tak ada bahaha. So mulalah aktiviti kami merempet. Plan asal sebenarnya adalah nak pergi ke Emerald Pool, Blue Pool. Tapi disebabkan tak berapa nak ada kerajinan nak merempit dua jam ke sana jadi kami batalkan hasrat itteww. Jauh gila nak pergi tu, dah la tak ada internet kan? Naik motor kat tempat orang guna signboard semata-mata.
Eh taknak la. Kikiki. Tak adventure langsung kan? So dengan menaiki motor idaman En Fadil, kami pun mula merempit sekitar Ao Nang nak carik makan.
1. Yaminlah Pancake
Jenuh jugak kami pusing kat Ao Nang tu nak carik pancake ni. Actually kat area Ao Nang memang banyak orang jual tak kira siang atau malam. Tapi Yaminlah Pancake ni kiranya macam antara yang famous la di kalangan anak-anak Malaysia. Gituu.. So akak pun gigih carik. Nasib naik jumpa.
Krabi pancake ni adalah antara makanan yang korang wajib cuba kalau datang ke Krabi. Ala-ala macam signature dish kat sini. Ala rasa dia macam roti canai je ko letak Nutella, pisang dengan susu pekat.
Lepas dah makan kudap-kudap tu kami bersiar-siar sekitar Ao Nang. Ingat nak beli apa-apa makan tepi pantai tapi kemain panas haritu tak jadi langsung. Jadi kami terus bergerak ke kedai makan abang Eddy yang akak cerita dalam post sebelum ni (Krabi Day 2).
Untuk lunch akak dengan En Fadil order lauk simple je, nasi putih dengan tomyam ayam dan sotong goreng tepung. Alhamdulillah kenyang.
Tengah syok makan tetiba ada orang sapa dari belakang. Abang Eddy owner kedai tu rupanya. Akak recognize muka dia sebab ramai gak kawan-kawan dalam KBC yang selalu up gambar dia. Peramah sungguh la dia. Akak siap book airport transfer balik dengan dia. Sambil borak-borak tu bagitau la hasrat nak pergi Emerald Pool tu, dia pun tak suggest sebab jauh gila bahaha.
Abang Eddy suggest kami ke 7 Heaven dan Gastropod Fossil. Actually dalam itinerary yang akak buat memang tak ada langsung plan nak pergi tempat ni. Dan rasanya masa akak pergi 2017 ni macam tak ramai sangat yang pergi. Lepas makan kami boleh hotel sekejap rehat dan nak dapatkan wifi sambil download maps nak kesana.
2. 7 Heaven
7 Heaven ni adalah satu amusement park dalam skala yang kecil Nak masuk tu hanya THB100 je sorang dalam RM12 gitu la. Nak main kat wetpark ada bayaran lain. Akak mana bawak baju extra pun tak tahu situ ada waterpark huhuhu. Masa kami sampai tu memang tak ada orang sangat pun. Yela pergi pun weekdays wakakaka.
Korang layan gambar jela ye.
Cantik ke idok? Tempat dia ni kalau weekend akak rasa ramai jugak ni. Tapi yang paling seronok mata memandang sebab kawasan ni dikelilingi bukit bukau dan laut, bersih sangat. Terjaga rapi la kiranya. Even tak ada pengunjung pun pekerja dia setia tunggu kat permainan-permainan tu haha.
3. Gastropod Fossil
Nak mencarik tempat fosil ni memang akak dengan En Fadil tah kemana-mana tah masuk kampung orang. Makin lama makin jauh dari jalan besar macam dah masuk kampung mana tah. Kami keluar balik terpampang signboard ke Gastopod Fossil ni. Kikiki.
Kat sini ada banyak kedai yang jual cenderamata. Akak highly recommend korang beli je souvenir kat sini sebab memang murah berbanding Ao Nang atau Krabi Night Market.
Ada apa kat sini? Kat sini ada lambakan cengkerang yang paling tua di dunia. Akak tak ada gambar dia tapi korang boleh Google sendiri la ye hehehe.
4. Krabi Night Market
Disebabkan dah petang, perut dah lapar balik jadi kami decide untuk terus ke Krabi Town untuk ke Pasar Malam. Kalau dari Ao Nang korang boleh jugak naik van, Harganya akak tak ingat pulak berapa. Tapi masa otw tu sempat la nampak ramai mat salleh kena tahan dengan polis. Yang peliknya kami lepas pulak. Sebab muka En Fadil macam orang Siam kot kekeke.
Kat sini ada banyak je makanan-makanan halal. Dan di tengah pasar ni ada satu stage besar dan diorang sediakan meja dan kerusi besi untuk pengunjung duduk makan sambil layan persembahan. Kat sini lepas makan pandai-pandai la kemas sendiri ye jangan malas!
Akak dengan En Fadil balik sebelum gelap tapi bila sampai Ao Nang gelap dah bahaha.
Sampai Ao Nang sambung shopping lagi beli cikedis macam-macam nak bawak balik Malaysia.
Esok nak balik dah. Sambung very short entry nanti.

Sedang gigih up kat Facebook lettewww.. wek!
Nutella Banana THB40

Subscribe to:
Comments (Atom)