Wednesday, 13 April 2016

Bangkok

Assalamualaikum,

Well well. Sebenarnya saya create agak lama dah blog ni. Zaman blogging memblogging (hentam la) ni dah jauh sangat akak tinggalkan. Tercari-cari apa pengisian/cerita yang akak boleh kongsi dengan kome-kome semua ni. Tenung punya tenung, akak rasa why not akak kongsikan cerita jalan-jalan akak yang tak seberapa ni.

Akak pergi kemana-mana tak pernah ikut mana-mana agent ye dik non sebab akak bertuah (la jugak) sebab dikurniakan Encik Fadil, suami yang nak melayan aktiviti backpacking akak. Akak idok ler backpackers tegar cuma akak memang jenis manusia tak banyak duit tapi hati meronta-ronta nak berjalan jugak.

Eh panjangnya intro blog, tak kena langsung dengan taju. Huehuehue.

Kita proceed dengan entri backpacking akak la ye.
Akak dan 8 orang rakan (En Fadil tak ikut sebab beliau ada important meeting minggu tu) merancang nak ke Bangkok agak-agak 2 bulan sebelum tarikh kami berangkat. Plan asalnya gigih memasing nak naik train dari KL-Butterwoth-Hatyai-Bangkok. Masa tu masing-masing tak google lagi part train tu. Bahaha. Bila semua dah mula menggoogle, hamek kau! Train KL sampai Bangkok amik masa 32 jam diknon!

Tanjat gigirl masatu. Akak pun jadi orang pertama leave WhatsApp group. Keji tak?

Tapi geng-geng akak yang masuk air ni akhirnya tewas sama, tinggallah 2 orang yang by hook or by crook nak naik train jugak. Akak tak nak cerita sangat konflik (konflik ke? bahaha) yang berlaku sepanjang pembikinan klik video, eh silap di sebalik kejadian yang lain turut sama menyokong idea untuk naik flight je.

November 2015 maka bermulalah segala susun atur program. Dengan berbekalkan tips dan panduan dari ahli-ahli group Backpackers Buddies Malaysia (BBM), maka segalanya pun bermula. Itinerary, flight tickets, hotel kami settlekan dari Malaysia.

Kami dapat ticket return Bangkok melalui Malaysia Airline Berhad (MAB) sebanyak RM360 seorang. Collect RM400 seorang, duit lebih tu kami buat beli bekalan makanan dari Malaysia.


Gambar cliche bahaha

Flight kami jam 9.55 malam Jumaat 15 Januari 2016. Jam 9.30 malam masing-masing sempat singgah makan kat Hot n Roll sebelum berlepas, kau rase?

 Order Sal, order.


 Terima kasih photog yang tak ada dalam gambar.
Dari kanan gambar, Mira, Hani, Lisa Surihani, Kadir, Kak Shida, Nor, Sal dan Rahmat.


Releks la kenkononnya tapi all and all kami memang relaks bahaha. Apa yang jadi di Bangkok lepas kami touchdown nanti akak cerita next post ye. Sebab memang panjang berjela.

Alkisahnya, inilah kali pertama sepanjang hayat akak 27 tahun hidup akk naik MAB. Tapi nasib akak bijak bistari (nama kelas akak masa darjah 1) menyembunyikan jakun akak tu. Part makan adalah part yang paling lawak yang terbawa-bawa sampai ke hari ini.

 The so called, nasi goreng seafood (errrrrr...)

Suapan kali pertama, akak terus krik krik krik. Akak korek sana, korek sini. Akak suap lagi, masih lagi krik krik krik. Akak rasa masin. Akak pun tanya Mira, Mira pun krik krik krik. Akak pandang The Boys, Kadir dan Rahmat (pun sama). "Ni nasi goreng ikan masin kan?" Dan berdekah-dekah la kami. Bahahaha. Ok fine, IKAN masin is seafood ye anak-anak.

Sawadika :)

Jam 11.55pm waktu Bangkok kami tiba di Suvarnabhumi International Airport.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment