Kita sambung entry backpacking ke Bangkok untuk hari yang ke 2 ye.
Gemokning Bangkok!
Untuk hari kedua bermula dengan keadaan yang amat kelam kelibut waktu Subuh. Buhuhu. Akak, Hani dan Mira tidur satu bilik. Akak ni beria kunci alarm, Subuh di Bangkak 5.30am cenggitu la. Kami pun berpesan-pesan untuk kejutkan Subuh esoknya. Yela, duduk hotel kan tutup dengan day curtain yang tebal 10 inci tu.
So dah pagi tu Hani usai Subuh dia pun kejutkan akak. Akak pun confident bangun dan buang segala air, wudhuk dan solat. Masa masuk rakaat kedua Hani pun selak tirai. Kau tau apa!? Kat luar dah terang benderang hoi! Akak terus tak kusyuk dan Hani pulak cepat-cepat tutup balik langsir acah-acah tak nampak. Rupanya alarm akak berdering pukul 6.30am iaitu waktu Subuh Malaysia. Bahahahahaha.
Semua janji untuk breakfast bersama jam 8 pagi dengan makanan dari Malaysia. Penyediaan breakfast segalanya akan berlaku dalam bilik akak.
Mushroom soup, maggi cup, brownies, milo :)
Siap ada brownies kau! Kami bukan kedekut tau, tapi sebenarnya jadi tak mahu ragu-ragu sayang, aku tetap di sini. Dan aku tahu tahu tahu sayang~~ Eh. Sebenarnya kami was-was. Kikiki.
Turun je ke lobby kami start refer semula ke itinerary. Dengan harga THB1800 kami dapat 2 van untuk bawa kami 9 orang merayau-rayau disekitar Bangkok.
Spotted our baby Exora!! *joget excited*
1. Damnoen Floating Market
Sebenarnya floating market yang kami nak pergi tu adalah floating market Amphawa. Amphawa tu agak jauh tapi entah macam mana rupanya driver bawak kami ke Damnoen pulop. Nak naik bot tu bincang dekat sejam diknon. Sebab apa? Sebab fare naik boat tu agak mahal la.. THB1000 seorang ye. Lebih kurang RM120 duit kita. Tapi bincang punya bincang akhirnya kami setuju jugak untuk naik sebab dah alang-alang sampai kan?
Akak tak de mood bila fikir sebab sebenarnya akak dah reserve duit untuk shopping. Bahahaha. Tapi tak apalah, it is somehow a great experience. So selepas kami tergoncang-goncang atas bot, kami pun naik ke darat T___T (baca dengan perasaan hiba sebab duit seratos lebih untuk ride tak sampai sejam ittewww)
But but selepas turun tu kami kembali bersemangat sebab NAK NAIK GAJAH! Yeayy. Akak tak naik masa kat Hatyai jadi akak nak jugak nak jugak naik gajah kali ni. Ops, masa akak menulis ni ada kes gajah mati kat Krabi ye jadi jangan kecam hakak dek T_____T
2. Chang Puak Camp, Damnoen Saduak
Tempat naik gajah ni sebenarnya sebelah saja. Kat tempat floating market tu dia ada bagi pakej sekali tapi dengan benda-benda mengarut lain. Kat tempat gajah tu pulak selain aktiviti naik gajah ada jugak aktiviti lain. Harga seperti di bawah, abaikan zirafah yang tutup harga tu. Kahkahkah.
Sebenarnya masa tengok gambar ni akak tanjat tengok ada kepala Hani kat tengah tu. Hahahaha. Dan akak pegang monopod ye bukan pegang payung, tak kuasa akak jadi puteri lilin. Huhu. Ok ok. So satu kepala THB600 untuk ride yang dikatakan setengah jam (kurang dari tu sebenarnya).
Konflik harga. Bahaha. Oh btw, ni la group lengkap. Thanks to timer. Haha.

Ni masa masuk dalam air. Macam nak terbalik rasanya T_T
Walaupun naik gajah tu kira sekejaplah, tapi bagi akak dengan kawan-kawan impak dia memang besar. Memang puas hati sangat. Hihi. Selepas berposing sakan lagi dan lagi, kami pun menuju ke destinasi seterusnya.
3. Chatuchak Weekend Market (Jatujak)
Perjalanan ke Chatuchak or ada jugak yang eja as jatujak market ni sebenarnya agak mencabar. Sebab kami puas bergaduh dengan driver. Huahuahua. Tapi segala cabaran kami tepis dan akhirnya sampai jugak kami disini.
Entrance
Btw pasar ni tutup pukul 7, kami sampai pukul 6 ye. Tu pun kena pecut 100 meter sebab tak solat apa lagi. Berkejar-kejar pun sempat lagi bergambo. Huhu. Untuk Muslim, tak perlu risau ye tentang surau dan makanan halal sebab dalam ni ada surau disediakan oleh peniaga-peniaga kecil Muslim dalam tu.
As return, makanlah di gerai mereka ye sebab mereka collect duit sesama mereka bayar sewa lot surau tu :)
As return, makanlah di gerai mereka ye sebab mereka collect duit sesama mereka bayar sewa lot surau tu :)
Nampak tak sebelah tu. Yup, itulah surau kecil tu. Kami makan kat kedai betul-betul depan surau ni tapi ada sikit masalah komunikasi lah. Nak mudah korang tunjuk je kat menu, menu in English no worry. Jangan mengada-ngada nak lebih ayam la, kurang pedas la kang merangkak-rangkak orang tu nak paham ko. Bahaha.
Masa ni dekat pukul 7 dah, kedai nak tutup dah tapi jangan risau. Kedai dalam tutup dan peniaga tu akan keluar berniaga di tepi jalan depan pasar.
Kat sini kami berpecah dan berjanji akan jumpa semula depan toilet jam besar. Akak memang rasa nak gila shopping kat sini. Memang sangat muraaaaahhhhhhhh.
Masa akak pergi ni tengah gila Play No More handbag tu kan? Harga ori dalam RM1000 lebih. Harga fake dalam RM70 lebih, tapi kat sini RM35 je woii! Hahaha. Tapi akak tak beli handbag, akak beli sling beg je RM15. Murah sangat uolls. Akak jugak beli handbag untuk kakak kat ofis, untuk mak ngan untuk akak satu lagi RM10 je satu. Handbag kulit pun murah. Tshirt mini superheros pun murah RM15 je kualiti tshirt memang sangat bagus. Slipper guni RM5 je. Haish, sambil tulis ni pun akak rasa macam nak pergi lagi.
Akak tak ada gambor sebab akak excited sangat sampai lupa. Huhu.
Jam 9 macam tu kami balik naik teksi je. Oh btw di bandar Bangkok, naik teksi adalah lebih murah dari naik tuk-tuk ye. Naik teksi sekali bukak pintu THB30 je dalam RM4. Kalau kat Malaysia RM5 kan.. Btw balik malam ni kami ambil 2 teksi dan kami dapat driver teksi handsome kbai. Hahahahaha.
Sampai hotel lepas mandi bagai kawan-kawan akak pegi massage tapi akak nak bercinta windu woo ngan En Suami maka akak tak follow dorang.
Sambung cerita day 3 pulak ye ;)

No comments:
Post a Comment