Ok akak proceed dengan cerita backpacking akak ke Bangkok. Hari pertama.
Yeayyy touchdown!
Mengisi arriving white card
Ala-ala tourist segala papan tanda nak ditengok. Oh maafla, akak memang nampak jakun disiteww.
Kalau korang tengok hakak dan kawan-kawan tengah gembira, ketahuilah yang masa ni battery kami 100% fully charged selepas 2 jam penerbangan dan makan nasi goreng ikan masin bahahaha. Sebab bermula saat kami melangkah keluar dari airport ni nanti, segalanya akan berubah dan bermulalah perjalanan backpacking kami dengan badan busuk dan mulut berbau. Euww..
Keputusan besar yang pertama kami buat adalah untuk tidak bermalam di airport. Sebab mengikut apa yang diperkatakan salah seorang dari kami, di stesen Hualamphong nanti ada disediakan tempat untuk kami mandi dan bersiap sementara menunggu kaunter tiket dibuka jam 4 pagi. Dari airport ke stesen Hualamphong, kami ambil airport limo THB1400 (~RM150). Mahal memang la mahal tapi sebab bahagi 9 orang kira ok la ye dok? (Itula untungnya travel berkumpulan)
Sedang kira duit dan appoint PIC untuk pegang duit. Ye, depan muka Thai tu kami discuss. Kadir lah pemenangnya. Assist by Hani. Kekwat sungguh nak assistant bagai. Bahaha.
1. Stesen Hualamphong
Sesampai berhampiran stesen Hualamphong, kami semua memang amazed yang teramat sangat dengan architecture bangunan tu sendiri. Itu first impression tau. Masa tu tak ada siapa yang menduga apa yang bakal menanti kitorang di belakang stesen tu (baca dengan intonasi seram ye dik).
Cak!
Ha hamek! Seluas-luas stesen Hualamphong tu (Hualamphong ni central tau ala-ala KL Sentral) penuh dengan gelandangan, yang nak naik train pagi-pagi, yang meniaga atas train dan juga KAMI! Tersepuk kami kat tepi sebab mereka dah chop tempat baik punya siap alas lagi. Lebih gelandangan kami berbanding mereka. Huhu. Ada la jugak 2 3 muka mat salleh kat situ.
Tak dik non, kami tutup hidung bukan sebab resdung dik non. Sebab sekali angin datang je kami harapkan udara dingin tapi sayangnya yang datang bersama angin tersebut adalah bau hancing hoi! Bahaha. Jadi memasing cari perlindungan dari kena angin direct. Kah kah kah.
Kelakor gila masa ni sebab stesen hanya akan dibuka jam 4 pagi. Kami sampai stesen jam 1 pagi. 3 jam kami di Hualamphong, kami disajikan dengan nyanyian dan tarian dari pondan yang dah mereng disitu. Tapi dia nyanyi merdu kata kau! Siap ada mat salleh record ala-ala travelog video. Bila nampak orang record dia, makin menjadi-jadi pulak volume dia.
Pekerjaan sebagai gelandangan kami berakhir jam 4 pagi bila mana kami semua dikejutkan oleh bunyi loceng ala-ala waktu rehat. Askar mula datang dan kejutkan dengan cara sepak dan kuis guna kaki je T___T tapi weolls tak kena kuis la sebab kami hujung sekali, sempat la bangun sebelum kena sepak. Huhuhu.
Kami masuk ke stesen dengan perasan WOW! sebab dalam stesen tu sangat 80s dan panas hoi. Akak lebih sanggup duduk luar dik non. Berbekalkan tips dan pandunan kami mula beratur beli tiket. Memang sangat positif kami yang tiket jam 4 pagi tu ada. Tapi...... ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Tiket 4 pagi yillek! Tiket 4 pagi ada weekdays sahaja ye. First train jam 7 pagi. Krik krik krik.. Maknanya 3 jam lagi kena tunggu T______T
Bab tiket jam 7 kami positif lagi. Tapi nak la jugak train aircond, ye dok? Sebab akak dah berguling kat luar, dengan panasnya dalam stesen tu. Tapi again, tiket kelas 1 habis! Kelas 2 pun habis! Wuwuwuwu. Kelas 1 beraircond. Kelas dua tak aircond tapi ada tempat duduk. Kami beli kelas 3 je, kelas yang mana tak ada tempat duduk. Kena berdiri. Atau curik tempat orang dulu sebelum dia naik. Tak lawak tau part ni, tak lawak.
Beg yang kami bawak semua kami simpan di locker yang disediakan di sana. Satu bag THB60 sahaja. Kalau ada makanan kena declare ye supaya tidak di check oleh Cik Ti (terjadi pada bag Rahmat).
Ops, lupa akak nak cerita, kami berkejar naik train sebab aktiviti pertama kami once reach Bangkok adalah untuk ke Lopburi, tempat dimana sedang adanya musim bunga matahari. Musim bunga matahari adalah dari bulan November hingga January ye. Kiranya kami pergi ni kira gamble je, tak banyak ladang yang masih ada. Atau kalau ada pun dah tak full bloom.
Sementara tunggu tu sempat jugak la kami bersihkan muka yang dah sekilo minyak dan solat di surau yang ada di stesen (jadi tak perlu risau tentang ni). Nak cerita jugak pengalaman dalam surau perempuan. Akak masuk je ada 2 jemaah sedang solat. Dan ada seorang lagi yang tak pakai telekung tapi duk tonggang tebalik kat situ. Akak makin pelik sebab kat lengan dia ada tatoo. Sedang akak nak tegur tu, jemaah depan dah habis solat. Akak tunjuk pada depa dua. Dia terus tegur. Rupanya perempuan tu salah tempat. Sebab bilik tu cuma tulis tempat solat dalam bahasa Thai. Adoi laa...
2. Lopburi District
Perjalanan tu melihat pemandangan yang sangat cantik dan unik. Keretapi memang lalu sipi-sipi tepi bangunan. Melalui tepi rumah orang dan sebagainya. Stesen Lopburi adalah stesen yang terakhir sekali. Jam 9.30 pagi macam tu kami pun tiba. Pelik jugak sebab tak nampak pun bunga matahari, nampak monyet je. Erkkk.. Rupanya Lopburi terkenal sebagai daerah monyet. Haih, tadi hanjeng, ni monyet pulop. Mencabar sungguh.
Kami masuk ke stesen dengan perasan WOW! sebab dalam stesen tu sangat 80s dan panas hoi. Akak lebih sanggup duduk luar dik non. Berbekalkan tips dan pandunan kami mula beratur beli tiket. Memang sangat positif kami yang tiket jam 4 pagi tu ada. Tapi...... ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Tiket 4 pagi yillek! Tiket 4 pagi ada weekdays sahaja ye. First train jam 7 pagi. Krik krik krik.. Maknanya 3 jam lagi kena tunggu T______T
Bab tiket jam 7 kami positif lagi. Tapi nak la jugak train aircond, ye dok? Sebab akak dah berguling kat luar, dengan panasnya dalam stesen tu. Tapi again, tiket kelas 1 habis! Kelas 2 pun habis! Wuwuwuwu. Kelas 1 beraircond. Kelas dua tak aircond tapi ada tempat duduk. Kami beli kelas 3 je, kelas yang mana tak ada tempat duduk. Kena berdiri. Atau curik tempat orang dulu sebelum dia naik. Tak lawak tau part ni, tak lawak.
Ops, lupa akak nak cerita, kami berkejar naik train sebab aktiviti pertama kami once reach Bangkok adalah untuk ke Lopburi, tempat dimana sedang adanya musim bunga matahari. Musim bunga matahari adalah dari bulan November hingga January ye. Kiranya kami pergi ni kira gamble je, tak banyak ladang yang masih ada. Atau kalau ada pun dah tak full bloom.
Sementara tunggu tu sempat jugak la kami bersihkan muka yang dah sekilo minyak dan solat di surau yang ada di stesen (jadi tak perlu risau tentang ni). Nak cerita jugak pengalaman dalam surau perempuan. Akak masuk je ada 2 jemaah sedang solat. Dan ada seorang lagi yang tak pakai telekung tapi duk tonggang tebalik kat situ. Akak makin pelik sebab kat lengan dia ada tatoo. Sedang akak nak tegur tu, jemaah depan dah habis solat. Akak tunjuk pada depa dua. Dia terus tegur. Rupanya perempuan tu salah tempat. Sebab bilik tu cuma tulis tempat solat dalam bahasa Thai. Adoi laa...
Segarrrrrrrr dapat mandi
Aktiviti sementara tunggu train tu apa lagi bergambar jela sebab kebetulan suami Kak Shida tu jugak adalah photographer. Heee..
Pukul 7 yeayyy train tu tiba! Keadaan train tu agak menyayat hati la. Bahaha tapi akak redha je sebab harga tiket pun lebih kurang RM6 sahaja untuk 2 jam setengah perjalanan. Tapi apa yang tak syoknya, segala macam benda dibawak naik keretapi ye diknon. Ada basikal, ada hanjeng! (Hanjeng sungguh).
2. Lopburi District
Perjalanan tu melihat pemandangan yang sangat cantik dan unik. Keretapi memang lalu sipi-sipi tepi bangunan. Melalui tepi rumah orang dan sebagainya. Stesen Lopburi adalah stesen yang terakhir sekali. Jam 9.30 pagi macam tu kami pun tiba. Pelik jugak sebab tak nampak pun bunga matahari, nampak monyet je. Erkkk.. Rupanya Lopburi terkenal sebagai daerah monyet. Haih, tadi hanjeng, ni monyet pulop. Mencabar sungguh.
Sampai je kami di approach oleh Thor. Tak, bukan superhero Thor tu. Ni Thor, pak supir yang boleh lah cakap sepatah dua English. Lepas nego nego nego (situasa agak tegang ye bila negotiation berlaku), dengan adanya Kadir selepas menggunakan isyarat down down down maka berjayalah kami dapat harga THB2000 (RM200 lebih) untuk satu hari berjalan-jalan di Lopburi naik Hilux. Ye, betul naik belakang Hilux macam pekerja buruh Indonesia nak pergi estet, ye macam tu la. Tapi bertapa gembiranya kami. Sungguh. Rasa macam orang Bangla sangat duduk belakang Hilux dalam suhu 38 degree ye.
Nak cerita yang sebenarnya gambar kat bunga matahari ni saja dekat 400 keping. Sebab sangat cantik. Oh, masuk ke ladang ni free je jadi pandai-pandai la behave jangan rosakkan tanaman orang pulak. Ada sesetengah ladang yang kenakan bayaran THB10 lebih kurang RM1 kita la.
Selepas puas berposing sakan dan siap ada post wedding shot (huntongla! bahaha), kami pun di bawa ke beberapa Wat atau temple yang ada di sekitar Lopburi. Ada satu temple akak lupa apa nama tapi famous la di Lopburi. Depan dia ada orang jual sourvenier, adalah lebih baik kalau nak beli kat sini sebab memang murah dan tak dapat barang tu kat Bangkok.
Gembira kan kan kan?
Perjalanan kebulur atas Hilux tu kami sempat la makan roti yang bawa dari Malaysia dan beli air di 7 Eleven. Untuk ke ladang bunga Matahari, mengambil masa lebih kurang 40 minit jugak. Panas tapi berdekah-dekah gelak atas Hilux tu. Almaklumlah, first time. Tapi segala gelak tawa tu makin menjadi-jadi bila dah mula masuk simpang tertulis Sunflower Farm waaaaa...
3. Sunflower Farm
3. Sunflower Farm
Subhanallah, amat amat cantik ye anak-anak.
Selepas puas berposing sakan dan siap ada post wedding shot (huntongla! bahaha), kami pun di bawa ke beberapa Wat atau temple yang ada di sekitar Lopburi. Ada satu temple akak lupa apa nama tapi famous la di Lopburi. Depan dia ada orang jual sourvenier, adalah lebih baik kalau nak beli kat sini sebab memang murah dan tak dapat barang tu kat Bangkok.
Ni Monkey Temple. Ko nampak tak monyet bersuka ria tu?
Akak paling tak kose kalau bab-bak monyet ni sebab masa kat Kuching dulu akak penah kena tarik tudung dengan monyet. Ko rasa lawak ke? Sampai senget tudung akak wuwuwuwu. Akak monyetphobia. Boleh gitu? Kawan-kawan akak yang lain pun kenkonon berani jetteww. Bahaha.
Kami habis meronda Lopburi lebih kurang jam 3 petang. Take note ye last meal yang kami makan adalah nasi goreng seafood atas flight (akak masih berdekah-dekah lagi sekarang bila ingat). Energy akak rasa masani dalam 70% dah sebab dah kena absorb oleh matahari masa atas Hilux. Haaa.. nampak tak acah-acah budak Sains. Kuikuikui.
Depan stesen Lopburi tadi ada kedai makan halal. Ada dua. Tapi yang tak kelakarnya masatu dua-dua tutup dik non oi! Dengan hati yang lara kami pun terus nak balik ke Bangkok semula T____T
Tapi cerita nak balik tu pun tak semudah itu. Inilah saat-saat itik dan ayam paling mengkonpiuskan akak. Kami dapat tips BBM bagitau ada minivan yang akan direct ke Victory Monument, Bangkok. Tapi kami ingatkan it was like chartered van la kan sebab kami 9 orang dah. Beria-ia tanya Thor dia siap letak harga beribu riban nak sampai ke Hualamphong. Oh btw kami kena ke Hualamphong semula sebab nak ambil beg.
Nasib baik masa kat airport malam semalam Mira ada ambil few maps. Rupanya apa yang kami cakap is exactly apa yang dia cakap. Fuhhh dan tempat minivan tu seberang jalan je rupanya. Siap boleh tunggu dalam bilik aircond dulu lagi sebelum jalan. Akak tak nak cerita banyak kejadian dari Loburi ke Victory Monument sebab walaupun penat ya amat tapi ada kejadian yang lawak yang tahap-tahap Maharaja Lawak berlaku. Dari isu Kak Shidak kena turun dari van (dia sorang je ye gila tak cuak) sampai la isu driver nak isi minyak tapi semua pakat turun siap bawak semua barang. Kahkahkah.
Perjalanan ke Victory Monument ambil masa lebih kurang 3 jam jugak sebab dah petang dan jammed masa dah masuk area Bangkok.
Jeng jeng! Dah sampai. Belakang tu la Victory Monument.
Dari Victory Monument, operasi mencari makan semakin membuak-buak. Katanya area Phaya Thai banyak makanan halal. Kami pun dengan berani dan tawadduknya naik BTS (ala-ala Komuter kita la). Turun 1 stesen je bahaha.
Sayangnya bila turun je dari BTS kami rupanya kena menapak lagi (jaauuuuhhhhh) nak sampai ke destinasi. Ada satu saat kami tanya direction kat polis, lepas tu yunowat! POLIS TU CAKAP KELANTAN HOI!! Gembira riang ria sungguh kami hoi. Hahaha. Akhirnya jumpa jugak kedai makan. Kedai ni Teh Ais dia memang kaw kaw. Highly recommended ye.
Maaf ye memang tak ada gambar makanan sebab masing-masing dah sangat kebulur tak ingat nak ambik gambar dah. Huhu. Total makan THB1200. Habis makan tu memang dah tak larat nak naik BTS lagi. Separuh dari kami pergi Hualamphong semula ambil beg dan separuh lagi terus ke hotel. Sebab nak check in.
Kami tinggal di Hotel Promenade RM120 satu malam untuk standard room.
Boleh baca review akak kat Tripadvisor ;)
Sambung next post untuk hari kedua ye!
Wassalam.






























No comments:
Post a Comment