Fuh fuh.. dah macam marathon dah akak tulis blog ni. Sebab nak ingat balik memori-memori kat tempat orang sementara masih ingat. Ok. Trip Hatyai ni merupakan trip backpacking akak yang pertama dengan suami. Ni kira budget honeymoon la. Budget honeymoon tapi siap bawak mak dan kawan mak akak. Kekekeke.
Trip Hatyai ni menyedihkan sikit sebab kebanyakan gambar akak dah hilang. Yang ada yang mana yang akak sempat upload dalam facebook la gamaknya. So korang redha jela ye nak.
Kami masuk ke Hatyai melalui gate Bukit Kayu Hitam. Actually plan asal adalah untuk pergi melalui gate Padang Besar tapi memandangkan hari kami pergi tu adalah hari cuti maka kami batalkan hasrat tu dan masuk melalui Padang Besar. Kata orang kalau hari cuti gate Padang Besar tu kemain sesak. Kami sampai tu agak awal dalam jam 6 pagi. Sempat juga kami singgah ke tempat rehat yang ada sebelum sampai kat sana. Oh kat sini baru kami tukar duit. Masa akak pergi tu rate dia ala-ala muka Rosmah la. Pandai la korang nak bayangkan kekeke.
Akak ada baca yang kalau kita nak masuk ke sempadan Thailand ni kena bagi duit selit sekali. Tapi akak dengan Encik Fadil tak buat pun. First takut kot la officer tu tak makan rasuah habis akak. Second membazir je akak bagi dia lagi baik akak beli aiskrim potong durian (tetiba takde kena mengena ekekeke)
1. Sakura Hotel
Sesampai ke sempadan kami terus sahaja menuju ke destinasi kami di Hatyai. Memang tak singgah mana dah. Sebab perjalanan seharian dari Klang penat woo. Kami check in di Sakura Hotel yang memang terletak di pusat bandar Hatyai. Boleh jalan kaki je nak ke Hatyai Market tu semua. Actually korang boleh pilih hotel lain yang lagi OK tapi disebabkan akak pergi ni Disember masa musim cuti maka memang banyak hotel dah fully book.
Sadis tak datang je tetiba diberi bilik katil dua single. Sedih nok! Sebab akak kira pengantin baru tau masatu. Ngeh ngeh. Tapi OK je daripada tak ada bilik kan? Kat sini akak boleh rate dia as 2 star hotel je kot. Even kalau suruh akak bagi review, akak review 2 star je dik sebab dia punya hotel memang hotel yang nan hado.
Lepas rehat kejap akak dan suami gigih pergi nearest mall untuk beli adapter. Punya la tak prepare kan? Masa ni kemahiran bahasa Thai akak teruji sebab akak cuba sedaya upaya pun dorang tak paham. Apatah lagi bila akak cakap English. Yang sadisnya dahla akak tanya bank. Boleh gitu? Rupanya gadget store tu sebelah bank je. Dah beli adapter bagai-bagai tu kami balik bilik semula sebab hari sampai tu memang iti kami nak jalan area-area tu je.
2. Pasar Malam Hatyai (Hatyai Night Market)
Malam tu sebab dah lapar sangat (along the way ke Hatyai tak makan proper meal), kami turun tengok-tengok survey Pasar Malam Hatyai yang terkenal dengan baby nenas manis dan pulut mangganya. Kat sini korang akan nampak few peniaga bertudung jadi tak perlulah rasa risau. But to be honest majority meragukan. Mereka ni pun ada juga yang pandai cakap Melayu sikit. Masa akak pergi ni dorang memang nak lagi duit Malaysia ye. Kalau sekarang pergi dengar cerita tak nak dah huhu.
Korang wajib beli pulut mangga dari hakak ni sebab sedap gilooosssss. Lemak berkrim disukai ramai.
Selain tu, wajib juga baby nenas yang manis yaaa amaaatttt ni.
Kami bungkus semua bawak naik bilik layan wifi. Kekeke. Mak akak dengan kawan dia pergi makan kat satu restoren Kelantan dekat dengan hotel kami. Haa.. kedai tu nanti akak cerita sebab the next day kami breakfast kat kedai tu jugak. Heee..
Wassalam.






No comments:
Post a Comment