Akak sambung semula entry Padang hari kedua pulak ye. Entry hari kedua memang panjang berjela sebab dalam iti akak untuk harini padat. Ok kan dalam entri sebelum ni akak ada cakap tentang betapa creepynya jalan masuk ke dalam Hotel Pagaruyung 2 yang akak tinggal untuk malam pertama di Padang kan? Well, unfortunately I was wrong. Akak rasa creepy sebab diorang prefer tak membazir elektrik (boleh gitu?) Pagaruyung ni kira macam tanah tinggi juga jadi electrical supply tu macam lemah sikit tapi esok paginya was a WOW!
Hotel tu rupanya bersebelahan dengan sawah padi menghijau! Akak pun ala-ala mengimbas kenangan belajar 6 tahun di Perlis dulu, keliling semua sawah padi. So akak pandai la sembunyikan jakun akak tu. Wuwuwuwu.
Jeng jeng! Haa.. kantoi tipu mana ada menghijau pun. Ada la seciput sawah tu. Bahaha.
Still, pemandangan memang cantik. Ala-ala kampung gitu. Tempat breakfast dia open dan boleh nampak banyak rumah dengan architecture Minangkabau kat situ. Menu breakfast tidaklah wow sangat tapi akak suka jugak sebab kami dihidangkan dengan makanan Indonesia.
Cousin akak (tudung maroon), mak akak (tudung kuning), mak ngah (tudung kelabu) dan suami omei-omei saya (ewaahhh padan muka korang geli kekeke)
Belah kiri sawah padi, belah kanannya swimming pool. Tak dapat akak nak buat pose yoga (refer post Bangkok Day 3) T___T Masa breakfast ni tak ada Malaysian pun semua Indonesian. Sebab akak rasa kebanyakan tourist dari Malaysia depa prefer sampai dan terus stay di Bukittinggi. Untuk akak pula sebab hotel semua dah fully book maka akak prefer hotel yang dekat dengan next destination dalam iti akak.
3rd honeymoon kikiki
1. Istana Basa Pagaruyung
Jadi selepas breakfast kami terus bawa barang untuk check out. Pak Borhan memang dah ready tunggu (yup memang punctual selaluuuuu heee). Destinasi pertama yang kami tuju adalah Istana Basa Pagaruyung. Ini adalah tempat wajib la kalau korang datang ke Padang Bukittinggi ni. Actually kat kota Padang ada satu dalam ala-ala taman negara gitu tapi disebabkan yang ni lebih besar, lebih famous maka akak skip yang kat Kota Padang tu. Motif sangat nak pergi dua-dua kan?

Bayarin tiket masuknya dulu dong
Orang Jawa kata magnificent! Kikiki.
Masa akak sampai tu, pagi lagi. Dalam pukul 9 pagi. Hari kami jalan-jalan tu jugak kebetulan adalah hari memburu babi. Ops, directnya cakap. Wahaha. Yup, mereka ada train anjing buruan ni untuk memburu babi-babi yang berkeliaran merosakkan tanaman mereka dan sebagainya. Adalah rewardnya kan bukan tangkap kosong.
Ok. Sampai je kat Istana ni memang akan ternganga mulut memandangkan architecture Istana ni yang amat cantik. Dinding, pasak, tingkap semualah sangat detail pembuatannya.
Ok. Sampai je kat Istana ni memang akan ternganga mulut memandangkan architecture Istana ni yang amat cantik. Dinding, pasak, tingkap semualah sangat detail pembuatannya.
Hikhik.. bersanding kali ke 5. Sekali masa nikah, sekali masa walimatulurus, bertandang, di Medan dan di Padang pulak. Gigih kan?
Nampak tak besaaarrrr sangat Istana ni. Untuk sewa baju ni dalam IDR 35 000 tak silap akak. Pakej dia adalah baju, kasut dan photog. Gambar tak termasuk ye. Kalau nak gambar kena bayar IDR10 000 (akak lupa sebenarnya berapa bahaha).
Kalau nak akak review Istana Basa Pagaruyung ni dari luar akak bagi 10/10 but kalau bahagian dalam akak boleh bagi 7/10 je sebab bagi akak diorang tak properly jaga susun atur dan barangan yang ada dalam tu pun tak properly polish and cleaned. Lepas dah bergambar-gambar sakan tu kami keluar dan ke seberang jalan untuk print gambar yang photog tu dah ambilkan.
Kat seberang jalan tu ada jugak tempat jualan cenderahati. Kalau ikut Pak Borhan kat sini barang mahal jugak tapi kami suami isteri degil jugak nak jalan-jalan situ. Wahaha tapi akak tak menyesal la sebab akak berjaya dapat keychain rumah Minangkabau dengan harga borong :p
Masa nak siapkan iti ni akak memang gigih banyak segala mak nenek artikel/blog post tentang Padang ni. Dan 80% yang datang akan singgah disini dan the best part is mereka menyajikan kopi FREE untuk semua yang datang. Its actually a good marketing la sebab bila kau dah rasa kopi dia, kau akan rasa kesedapannya dan beli serbuk di kedai ni.
So lepas dah balun kopi free kami pun bershopping kopi. Kat kedai dia ada wall of fame (la sangat) yang mana korang boleh tinggalkan jejak kat sana. Kalau kat Korea tu semua orang tinggal duit singgit kan? Kat sini orang tampal name card. Akak pun tak terkecuali bahaha. Ha, pergi sana carik! :p

Spotted our baby Exora *joget*
2. Kilang Kopi Kiniko
Destinasi kedua kami selepas bersanding (wakaka) adalah melawat Kilang Kopi Kiniko. Tempat ni adalah tempat wajib datang ye kalau korang datang ke Padang Bukittinggi ni. Kawasan dia macam jauh terceruk sikit but pemandangan yang ada dibelakang kilang kecil ni memang breathtaking sangat.
Masa nak siapkan iti ni akak memang gigih banyak segala mak nenek artikel/blog post tentang Padang ni. Dan 80% yang datang akan singgah disini dan the best part is mereka menyajikan kopi FREE untuk semua yang datang. Its actually a good marketing la sebab bila kau dah rasa kopi dia, kau akan rasa kesedapannya dan beli serbuk di kedai ni.
Kopi dan pisang salai free :)
Kopi dia not bad la. Akak ni bukanlah penggemar kopi pun dan akak pun tak tahu nak define kopi yang baik tu macam mana. But yang ni ok la, kopi la. Haha. Kat kafe ni jugak ada jual makanan lain. One of it, tempe goreeennngggg nyum nyums. Setakat hidup ni tempe goreng paling sedap pernah akak makan adalah kat Medan. Yang ni not badlah.
So lepas dah balun kopi free kami pun bershopping kopi. Kat kedai dia ada wall of fame (la sangat) yang mana korang boleh tinggalkan jejak kat sana. Kalau kat Korea tu semua orang tinggal duit singgit kan? Kat sini orang tampal name card. Akak pun tak terkecuali bahaha. Ha, pergi sana carik! :p
Sorry gambo kelabu asap kamera hp 3310
Balik dari Kilang Kopi Kiniko ni kami singgah satu lagi kedai baju. Akak lupa nama kedai wawawa tapi sebelah dia ada jugak jual-jual kerepek pisang perasa macam-macam. Akak dan En Fadil ambil keputusan daripada kami melangok tunggu mama dan mak ngah baik kami walk around area tu. Pak Borhan tunggu dengan para ibu bershopping dan kami jalan area tu.
Hasil berjalan-jalan. Wawawa. Kat kedai hardware kecik dapat la kami adapter baru. Sebab adapter beli masa kat Hatyai dulu tak boleh pakai dah (macam la takde kat Malaysia kan?)
3. Hotel Gran Malindo
Selepas jalan dua tempat ni kami teruskan perjalanan terus ke Bukittinggi. Sepanjang perjalanan ke Bukittinggi korang boleh rasa tekanan udara yang berbeza dan cuaca macam semakin sejuk. Untuk malam kedua kami tinggal di Hotel Gran Malindo. Hotel ni baru tak barulah tapi keadaan bangunan semua terjaga baik. Staff dia pun sangat friendly.
Kalau korang baca review di Tripvisor, review dia taklah bagus mana. Akak pun mula-mula risau jugak sebab mat-mat salleh ni asyik cakap hotel ni terlalu bising. But but, you guys know what? Bunyi bising yang mat salleh cakap ni sebenarnya bunyi azan dan kelas mengaji (guna speaker) di masjid dan madrasah yang betul-betul ada di depan hotel ni. Nice kan? :)
Upgraded room yeayy!
Boleh baca review akak kat Tripvisor ye. Akak bagi 5 bintang! Wewewe. Apa yang akak suka tentang hotel-hotel kat Padang ni adalah setiap bilik mereka akan provide Al Quran dan sejadah. Jadi kalau datang ke Indonesia tak perlulah susah-susah nak bawak sejadah yang tebal kan?
So lepas rehat dan bersihkan diri, kami seterusnya keluar pergi makan. Actually tak la lapar sangat sebab pagi tadi dah sarapan agak berat di Hotel Pagaruyung II tu. Tapi sebab akak ada baca review orang yang agak baik di kedai makan yang kami nak pergi ni jadi kami pergi jugak.
4. Restoren Sederhana
Mostly tourist dari Malaysia memang akan recommend restoren ni. Bagi akak kedai dia tak la segah Lamun Ombak, tapi macam biasalah mereka ada sistem hidangan yang baik. Sama macam Lamun Ombak. Kita duduk je dia akan serve air masak, air basuh tangan dan pinggan makan sorang satu.
Kat Padang ni memang dah jadi favourite kami semua gulai diorang. Memang cukup lemak dan tak berbau kari sangat (well akak kureng sikit kalau kari bau kari, tapi suka makan huahuahua). Begedil kat Restoren Sederhana ni pun sedaaaappp.
5. Taman Panorama, Lobang Jepang (Ngarai Sianok)
Jadi selepas makan kami teruskan perjalanan ke Lobang Jepang, tempat tinggalan orang-orang Jepun membina kubu mereka di sini. Actually Lobang Jepang amat amat dekat dengan hotel tempat kami tinggal. Lepas makan kami park kereta di hotel dan cross jalan sahaja dah sampai. Bersebelahan dengan madrasah tadi.
View dari sini amat amatlah cantik tapi maafkan akak ye gambar tak berapa cantik sebab all day guna camera phone sahaja sebab gopro encik suami cepat bebenor habis battery. Huhuhu. Kat sini ada 3 orang Jepun yang masih tinggal dan stay di sini. Memang tiga orang ni je. Yang lain semua dah balik Japang.

Belakang kitorang tulah, anak Jepun yang tinggal. Bahahahaha.
Lawak anak Jepun tu sebenarnya tak lawak kalau dia tetiba bergerak. Kekekeke. Kat sini kami tak spend time sangat sebab dah petang jadi kami terus ke Lobang Jepang. Mama tak ikut memandangkan jalan dia agak tak rata. Maka mama just stay dalam kereta.
Masuk dalam ni actually korang boleh je masuk sendiri. Tapi untuk yang first time datang seeloknya ambil la seorang guide. Ramai je anak-anak muda kat situ yang boleh bawak korang masuk dan cerita serba sedikit tentang Lobang Jepang tu. Bayarlah sikit saguhati sebab diorang bukan dibayar oleh pihak kerajaan ye.
Sekitar dalam Lobang Jepang tu :
Kat bahagian yang ada lubang kecik ni dikatakan adalah lubang dimana mayat-mayat pekerja yang mati dicampak keluar. Nama bahagian ni adalah dapur tau. Tujuannya nak mengaburi mata yang lain je padahal kat sini la mayat mereka dicampak keluar menyusuri anak sungai yang ada di bawah.
Mengikut kata guide kami iaitu Firdaus, majority pekerja di kubu itu merupakan orang dari daerah lain. Dulu-dulu setiap suku ada bahasa masing-masing. Jadi meskipun mereka berjaya lari, mereka tak boleh nak keluar sebab masalah komunikasi.
6. Jam Gadang & Pasar Atas, Pasar Bawah
Dekat dengan jam gadang ni sebenarnya ada banyak hotel. Dan selalunya orang Malaysia kalau datang diorang akan stay kat hotel-hotel sini. Jam gadang ni memang sangat meriah. Sebab ramai peniaga ada kat sini termasuklah budak-budak sekolah. Ada yang pakai costume Pikachu dan lain-lain. Tapi korang jangan pulak suka-suka ambil gambar sebab diorang charge ye untuk ambil gambar tu.
Akak kurang berminat sebenarnya sebab ramai orang. Apa yang akak minat adalah pasar yang ada kat belakang jam gadang ni. Hikhik.
Pasar atas pasar bawah pasar lereng macam-macam segala pasar ada sini. Akak pun tak tahu yang mana satu mana sebab akak pergi semua. Kat sini adalah syurga beli belah kat Bukittinggi. Segala macam cenderahati, baju, keychain, kasut, telekung sulam boleh korang jumpa kat sini. Dan the best part kat sini boleh tawar menawar ye adik-adikku sayammmm.
Kalau korang masuk ke pasar ni, jalan terusssss sampai satu simpang belah kiri korang akan nampak kedai kakak tudung pink ni. Akak memang highly recommended kedai dia. Actually kedai lain jual barang yang sama je, tapi kedai dia ada semua yang korang nak dari tshirt sampai la seluar batik. Budi bahasa dia pun cantik, secantik sealim orangnya. Kita minta tawar pun dia tolak baik-baik wakaka. Tapi banyak jugaklah dapat tawar kat kedai dia ni.
Kat sekitar pasar ni akak beli telekung dan kain-kain je. Mak akak dengan mak ngah yang borong sakan. Telekung sulam memang murah kat sini. Siap berapa banyak beg telekung kau nak ambik dia bagi freeeeeee je. Huhuhu.
So habis shopping tu kami terus balik ke hotel. Hotel kami dengan Jam Gadang ni dalam 5 minit je. Malam tu patutnya akak ada plan lain nak makan luar tapi sebab penat sangat kami decided untuk order room service jela.
Pisang goreng cheese, three siblings (wakaka akak tak ingat nama) dengan banana split. Akak bagi 2 bintang je sebab oily dan kuciwa tak ada tempe goreng T_T
Fuhhh, berminggu akak amik masa nak siapkan entry ni akhirnya siap oi! Oh lupa, akak nak ucap Selamat Hari Raya jugak! Nantikan post Day 3 pulop ye adik-adikkkkk.

Terima kasih puan ain dah upload pasal lawatan kat bukittinggi - padang, cerita real yang ade kat sini. So.mana mana yang perlukan kereta sewa atau transportation jenis lain, boleh cuba tanya ngan saya, sila WhatsApp je ke :+62 813634 08670. Semoga saya bisa membaca lagi di catatan hari ke 3
ReplyDelete