Gemokning!
Pagi ni akak dan En Fadil turun lambat sikit sebab tengah menikmati hotel yang baik ni. Kikiki. Mak akak dengan mak ngah semua dah turun. Masa kami turun tu ada la jugak breakfast tapi tak sebanyak pagi pukul 7 (bak kata mak akak). Pagi tadi rombongan banyak turun awal, nasib akak tak turun sekali.
So macam biasa pagi lepas breakfast dan bawak turun bag, Pak Borhan dah siap-siap tunggu kami kat lobby. Kami teruskan perjalanan terus ke Lake Maninjau. Perjalanan sebenarnya menyusuri gunung berapi yang aktif which this is the reason why tanaman kat sini memang subur.
1. Rumah Buya Hamka
Rumah Buya Hamka ni sebenarnya merupakan tempat yang akak paling-paling nak pergi. Sebab akak sangat kagum dengan perjalanan dan ilmu yang ada pada beliau. Akak tau yang rumah dia ni agak jauh dari Bukittinggi tapi sebab akak degil (bahahaha) kami pergi jugak.
Perjalanan ke Rumah Buya Hamka ni memang jauh dan kena melalui Kelok 44 (iaitu 44 selekoh merbahaya :p) tapi memang korang memang tak akan menyesal kalau pergi ke sini sebab view yang korang akan dapat tengok memang breathtaking. Subhanallah memang amat cantik ye adik-adik.
First pit stop adalah tempat menjual cenderahati. Kat sini jugak ada mini cafe tapi kami tak minum pun, hanya tengok-tengok barang. Mak ngah je yang banyak membeli. Hehehe. Masa separuh masa kami kat sini tiba satu biji bas mini yang bawa tourist dari Malaysia jugak. Maka akak pun kelam kelibut nak cepat sebab next destination tak nak ramai-ramai.
Akak sebenarnya tak tahu nak expect apa dalam perjalanan ni sebab yang akak tau akak nak sampai ke Rumah Buya Hamka. Kikiki. Tapi Pak Borhan bijak juga, dia recommend satu tempat yang Subhanallah amat cantik. Temperature kat tempat ni 18 darjah celcius.
Oh ya, ni la Pak Borhan supir kami. Tak aci dia dah prepare sweater siap2 T__T
Pose gedix santai namanya :D
Tempat ni juga merupakan tempat yang akan confirm akan bawak korang kalau korang ikut trip akak sebab akak tazabarrrr nak tunjuk kat korang kecantikan dia. Sebabkan kami sampai tu pagi, dengan angin kuat dan pemandangan yang indah tu, memang terbaik. So lepas dari Lawang Park ni kami teruskan perjalanan ke rumah idola akak, Hamka.
Pemandangan dari pintu masuk. Tasik Maninjau terbentang luas. Cantik kan?
Rumah Buya Hamka ni buat masa sekarang dijaga oleh cucu Buya Hamka sendiri. Dan mengikut kata cucunya itu, rumah Buya Hamka yang ada sekarang ni bukanlah rumah asal. Tapi tapak adalah tapak asal. Even rumah tu sendiri pun dibina oleh orang Malaysia. Dan orang itu adalah En Ahmad Azam bapa kepada anak Malaysia yang syahid di Turki iaitu Ahmad Ammar :) Bangga kan? Akak personally rasa bangga sebab sesungguhnya anak yang hebat datang dari keluarga dan ibu bapa yang hebat.
Hamka punya karier kebanyakan berkembang di Malaysia. Karya-karya dia meliputi banyak bidang. Ada sains, ada agama, ada budaya, ada psychology dan sebagainya. Di rumah ni ada jugak mereka jual buku-buku tulisan beliau. Although it was bid pricey compare dari harga kedai buku tapi korang beli la dengan niat nak derma jugak ye.
2. Lapau Nasi Kelok Sikabu
At first, akak nak pergi restoren Wadjan yang famous di kalangan tourist Malaysia tapi memandangkan dalam perjalanan tu kami dah lapar sangat maka Pak Borhan bawa kami ke kedai makan yang Lapau Nasi Kelok Sikabu. Haa... unik nokk nama dia. Ko tak lapar ko jangan datang sini. Kekeke. Kat sini macam kedai lain juga menyajikan nasi Padang. Pun banyaaaaakkkk lauk. Macam biasa kami serbu gulai ikan dulu sebab tu dah jadi fav sejak first day.
Pemandangan kat sini pun cantik. Saujana mata memandang gitewww. Tapi sorry ye akak tak ada gambar. Nampak tak lapar sangat dah. Hehehe. Temoat ni sebenarnya dekat je dengan Bika Talago. Kiranya kalau ke depan sikit memang akan jumpa Bika Talago ni. Tapi maaf ye sebab dalam itinerary akak memang akak tak masukkan Bika Talago pun.
3. Sulaman Linduang Bulan
Kat sini ala-ala pitstop ke. Kami berhenti sekejap je tapi kat sini mama dengan mak ngah tetapi tak lepaskan peluang untuk shopping. Akak macam biasa cuci mata je sebab bajet akak ciput je dan untuk sedara mara mak dengan mak ngah akak dah cover semua. Kakakaka. Yang paling best, complete dengan untuk jiran tetangga. Jimat akak. Wakakaka.
4. Oke Bordir
Oke Bordir ni sebenarnya adalah kedai sulaman terakhir kami singgah. Dan kat sinilah baru akak dan En Fadil spend duit kami untuk mak abah mertua akak dan juga adik beradik. Gagagaga. Selepas kedai ni memang dah tak akan jumpa lagi kedai sulaman ye sebab selepas ni kami nak proceed ke bandar Padang dah.
Kalau korang tanya akak, antara semua kedai sulaman yang kami singgah, yang ini merupakan kedai yang paling murah dan korang boleh runding lagi. Tapi sendiri mau ingat ye, kat sini tidaklah banyak sangat pilihan macam kedai-kedai yang lain (which banyak design updated).
Ampun maaf dipinta ye akak tak ada gambar jugak kat dalam kedai sebab masa nak turun tu akak nak shishi sangat segala handphone akak tinggal dalam kereta. Kat sini akak beli jubah sulam RM45 (after nego harga asal RM50), kain pelekat songket dalam ringgit RM12 sehelai, kain batik buluh 3 helai RM35.
5. Lembah Anai
Kalau korang ingat la, dalam post hari pertama (klik) akak ada bagitau tentang kawasan air terjun tepi jalan masa on the way ke Bukittinggi. Air terjun ni tepi jalan je. Tapi memandangkan masa akak sampai tu hari Sabtu, jadi sangat sangat ramai orang dan tak ada parking maka kami teruskan perjalanan kami.
Jadi hari ni dah Isnin which dah hari bekerja. Kami sampai tu lengang je wakakaka. Seronok hakak sebab air terjun hakak yang punyaaaaaa..
Mitos mengatakan kalau korang basuh muka dengan air terjun ni akan awet muda. Tapi bagi akak ianya bukan mitos. Air terjun ni kan air dari atas bukit. Dah bertapis apabila melalui batu-batu dari atas bukit ke bawah. Maka molekul-molekul yang membolehkan anti-penuaan berlaku membolehkan muka segar bila dibasuh sekaligus mengecutkan kedutan-kedutan dan menambah kolagen dalam muka. Akak tulis acah-acah pandai ni korang pun baca la acah-acah akak betul tau. Padahal wawawawa....
Kalau korang pernah pergi air terjun Ulu Yam, kawasan dia lebih kurang macam tu la. Ada orang menjual tepi-tepi tu. Tapi yang menariknya air terjun Lembah Anai ni sangatlah tinggi dan tepi jalan je. Berhampiran dengan air terjun ada juga anak sungai dan man-made open waterpark. Bayaran masuk mungkin ada tapi akak lupa.
6. The Sriwijaya Hotel
Ok. Hotel ni pun akak dapat last minit dan review yang ada quiet good dan agak murah. Harga bilik dalam ringgit dalam RM90 tak silap untuk standand room. Bilik kecil je. Akak tak expect much dari hotel ni sebab akak tengok dia hanya 2 star tak silap.
Lokasi dia agak mudah nak jumpa. Pak Borhan pun first time datang ke hotel ni tapi alamat dia sufficient untuk local people macam Pak Borhan cari. Dia tepi jalan je.
Pemandangan dari pintu bilik
Oh lupa, cuma satu je ye. Hotel ni tak ada lift. Jadi apa-apa kena memanjat la naik tangga. Kesian kat mak dan mak ngah akak tapi apakan daya akak silap tak tengok pasal tu. Nasib baik bilik mak akak kat tingkat 1 je, kami di tingkat 2.
7. Persisir Pantai Padang
Persisir pantai Padang ni sebenarnya adalah tempat lepak warga tempatan. Kat sini ala-ala tepi laut Kuala Perlis. Dan kalau korang datang ke Padang, korang boleh nampak jelas persisir pantai Padang ni sebelum touchdown di airport Minangkabau. Kat sini tak ada apa sangat pun, cuma tempat lepak-lepak tepi pantai. Memang meriah woi kat sini. Elok pulak Pak Borhan bawak kami dah petang-petang kan? Ni kalau kat Malaysia pekena jagung bakar, pergh!
Selepas bergambar-gambar kat sini Pak Borhan bawa kami light dinner kat satu kedai ni. Katanya murtabak mesir daging kat sini famous dan cepat je habis. Actually sama je dengan murtabak yang ada kat pasar-pasar malam kita cuma maybe kat sini jarang jumpa. Habis makan tu Pak Borhan bawa kami sekitar bandar kecil Padang. Ke jambatan yang sekitarnya ada orang jual jagung bakar (which majority of the seller sebenarnya Chinese ye maka was-was disitu) Untuk orang local diorang tau la yang mana Muslim.
Then Pak Borhan bawak ke area 'China Town'. Kat Padang ni pernah ada kes melibatkan orang-orang Cina ni tapi akak ingat tak ingat la. Tak berani nak tulis sebab info yang akak ingat tu samar, takut mengundang fitnah pulak.
Aktiviti berakhir untuk malam tu, kami balik ke hotel untuk packing memandangkan esok dan nak balik Malaysia.
Wassalam.

























Asslamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Our motto : We serve you with heart
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )